Sunday 30 August 2015

Untuk Kisah Pendosa,Harapan Masih Ada



Dia yang Maha Pengampun.
Ampunya amat luas,
Dia tidak lelah untuk memadamkan segala keburukan lalu,
Tinggal kita menghargai kasih sayangNya,
Kebanyakan kita sekadar mengkhianatinya.. 😥

Walaupun dosa awak sangat banyak menjulang langit tingginya dengan satu permintaan ampun daripada awak.. Saya ampunkan segala lambakan dosa bertimbun awak itu dan saya tidak kisah pun..

🍁 Allah SWT itu maha kaya. KekayaanNya itu membuatkan Dia tidak berasa sedikit pun rugi bagi mengampunkan hamba hambaNya yang bersungguh dalam meminta pengampunan.

Ingat❗
Hanya yang berSUNGGUH.

🍁 Dia sendiri tahu bahawa dia menciptakan kita dalam keadaan kita akan terjebak dgn dosa. Dia tahu Dia tidak menciptakan kita untuk hidup suci tanpa kesilapan. Kerana kita hanya makhlukNya. Yang sempurna hanyalah Dia.

🍁 Namun Allah SWT tidak meninggalkan kita dengan ketidaksempurnaan kita begitu sahaja. Dia tidak lokek membukakan untuk kita peluang untuk bertaubat.

🍁 Dia mengampunkan kita.
Tinggal kita sahaja, apakah mahu mendapatkan keampunanNya atau tidak sama sekali? 😌


SERUAN TIDAK BERPUTUS ASA 💪

💪 Allah swt sangat memahami hamba hambaNya. Dialah yang menciptakan kita, Dia amat mengetahui perihal kita luar dan dalam. Justeru Dia mengetahui juga pertarungan dalam diri kita apabila berhadapan dengan dosa dosa kita. 

💪 Allah swt memahami keadaan ini, lantas Dia tidak lupa meyelitkan seruan supaya kita tidak terus berputus asa dengan rahmatNya. Dia tidak pernah melupakan hamba hambaNya, walaupun penuh dosa dan penderhakaan. 

 💪 Ada dalam kalangan kita berasa bahawa dosanya terlalu banyak hingga dirasakan Allah swt mentakdirkannya untuk masuk neraka? Pernah kita fikir sebegitu? Siapa rasa pernah? 🙋😞 

Sayangnya Allah pada kita 😥❤

"Katakanlah (wahai Muhammad), (bahawa Allah swt berkata) Wahai hamba hambaku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan perbuatan maksiat) , janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua yang maha pengampun, lagi maha mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat bulat kepada Nya. Sebelum kamu didatangi azab; keran sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."

(Surah Az Zumar, ayat 53 hingga ayat 54)

Betapa baiknya Allah swt pada kita dan betapa penyayang Nya Dia kepada hamba hambaNya. Memang ada balasan untuk orang yang berdosa, namun Allah swt tidak lupa memberikan peluang terlebih dahulu untuk kita semua sedar dah berubah. Diserunya kita, diberi harapan dan peluang

anji janji Keampunan ❤ 

Allah swt juga meletakkan banyak janji keampunan dan ganjarannya dalam al quran. 

Di sini ada beberapa Allah jelaskan dalam ayat ayat berikut :

💕 "Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan kepada orang orang yang mahu beringat" 
(Surah Hud, ayat 114)

💕 "Dan bagi Allah jualah segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani"
(Surah Ali Imran, ayat 129)

💕 "Dan kami tidak mengutus seseorang rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan jikalau mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah maha penerima taubat, lagi maha mengasihani."
(Surah An Nisa, ayat 64)

💕 "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri  (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani".
(Surah An Nisa, ayat 110)

Banyak, terlalu banyak janji dan seruan Allah swt supaya kita kembali kepadaNya. Meminta ampunan Nya. Tanda Dia sentiasa membuka pintu taubat selagi nyawa tidak dikerongkong. Selagi matahari tidak terbit sebelah barat. 

Apakah kita menyahut seruan seruan ini? 

Betapa penyayangnya Allah swt kepada kita. Apakah nanti jikalau kita diseksa oleh Allah swt di akhirat kelak (na'udzubillah), kita mahu berkata Allah swt tidak berbelas kasihan pada kita? 

Sesunguhnya Dia membuka peluang yang luas kepada kita! 😌

Antara cara untuk dapatkan pengampunan dari Allah ialah melakukan solat sunat taubat nasuha.

Taubat Nasuha 💕 

Taubat. Apakah itu taubat? Nak senang cerita pasal taubat ni, taubat ni apabila kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan mohon ampun daripada segala dosa dan azam untuk tidak repeat segala kesilapan dan maksiat. Rukun negara ada lima maka rukun taubat tiga : 

✔ Penyesalan 
✔ Minta pengampunan
✔ Azam untuk tidak repeat dosa

💐 Fadilat taubat; 

❤ Diampunkan oleh Allah swt.
❤ Dimudahkan segala urusan.
❤ Menceriakan kehidupan seharian.
❤ Menghilangkan perasaan menekan.
❤ Mencegah dosa dan kemaksiatan.

💐 Niat taubat;

 اصلي سنة التوبة ركعتين الله تعاليًًً

"Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah taala."

💐 Waktu mustajab bertaubat; 

🍃 Waktu yang elok untuk bertaubat di antaranya ialah pada satu per tiga malam yang terakhir, iaitu lebih kurang selepas pukul 3 hingga 5 pagi. Itulah yang dinamakan waktu mustajab. Pada waktu itu, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Allah akan menerima taubat mereka yang bertaubat dan menerima doa bagi mereka yang berdoa.

🍃 Dalam sebuah hadis daripada Asma’ bin al-Hakam al-Fazari, beliau menyatakan yang dia mendengar Saidina Ali berkata, bahawa beliau telah mendengar satu hadis yang memberi manfaat kepadanya, di mana hadis tersebut adalah daripada Saidina Abu Bakar, Rasulullah yang bersabda: Tidak ada seseorang pun yang berdosa satu dosa, lalu dia bangun dan membersihkan diri dan sembahyang, kemudian memohon keampunan Allah, kecuali Allah mengampuni akan dia, kemudian dia membaca ayat ini (Ali-Imran: 135) yang bermaksud: Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui – hadis hasan.

Okay disini ada satu kisah tentang "Kisah Pembunuh 99 orang" 👬👫👬👬👫👭👬👫👭👫👬👬👭🔪 ( angggap 99 org kih)

Apabila membicarakan perihal ampunan Allah swt, tak lupa menukilkan hadith berkait pembunuh yang membunuh 99 orang, kemudian dia cuba mencari jalan untuk bertaubat. 

Perhatikan Rasulullah saw menyatakan yang bermaksud : 

Daripada Abu Said Al Khudri r.a berkata, Rasulullah saw menyatakan, "Dahulu sebelum kalian, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya kepada seorang alim dalam kalangan penduduk bumi. Mereka menunjuk kepada seorang rahib (ahli ibadah) kemudian orang tersebut mendatangi rahib itu dan berkata bahawa dia sudah membunuh 99 orang. Apakah masih ada kesempatan untuknya bertaubat? 

Rahib tadi menjawab, Tidak! Orang itu terus membunuhnya, hingga genap menjadi 100.

Kemudia dia bertanyakan pula pada penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Lalu dia bertanya kepadanya bahawa dia sudah membunuh 100 orang apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? 

Orang alim tersebur menjawab, "Ya! Dan siapa yang bole menghalangi antara kamu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang orang yang beribadah kepada Allah swt. Beribadahlah bersama mereka dan jangan kembali ke negerimy adalah negeri yang buruk" 

Kemudian orang itu pergi, namun di tengah tengah perjalannya dia meninggal. Sehingga malaikat rahmat dan malaikat azab berselisih berkenaan pengakhirannya. Malaikat rahmat berkata "Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah" Malaikat azab berkata "Dia belum sempat beramal soleh sama sekali".

Kemudian datanglah kepada dua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua dua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata "Ukurlah antara kedua dua begeri tersebut yang mana lebih dekat jaraknya. Maka itu lah yang lebih berhak." Maka mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahawa dia lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya. 

( Hadith direkodkan oleh Al Bukhari dan Muslim )

🐝 Pengajaran dari kisah ini;


🌹 Perbalahan dua malaikat itu sengaja Allah jadikan sebagai drama untuk refleksi kepada penilaian orang ramai terhadap pembunuh ini. Secara zahirnya dia tidak sempat untuk bertaubat, pastilah orang rasa dia patut ke neraka. Secara zahirnya juga, orang akan melihat kepada sejauh mana dia berusaha untuk bertaubat; maka dijadikan halnya perbandingan ukuran tadi. 

🌹 Tapi sebelum pengukuran itu dipilih sebelum dua malaikat mengetahui yang lelaki ini lebih hampir kepada kampung kebaikan, siapakah yang mematikannya di situ, iaitu dekat dengan kampung kebaikan, supaya dia dimasukkan kedalam syurga? 

Bukankah Allah swt?

🌹 Di sini tergambar luasnya ampunan Allah swt kepada hamba hambaNya. Begitulah juga kita dapati dalam hadith perempuan penzina yang dimasukkan kedalam syurga hanya kerana dia memberikan minum kepada anjing yang kehausan.

Allah swt sangat pemurah. Kerana itulah apabila kita teliti Al quran kita akan bertemu dalam surah Al Mulk, ayat 2. Allah swt menyatakan: 

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia mahu kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun, (kepada orang orang yang bertaubat)"

Akhir sekali; 

"Ketika Tuhan Memberi Harapan"

Berdasarkan pengalaman dila, lain manusia ada lain cerita dan cerita dila boleh berhijrah adalah setelah berjumpa dan terbaca satu kata kata cinta daripada Allah. Ayat inilah yang berjaya membuat dila tak pernah give up. Kira ayat fav lah! Hehehe 😘

Inilah ayat pesanan harapan daripada Allah untuk kita. 

Dengan pesanan harapan Allah inilah dila berasa kuat untuk berbahagia dalam hidayah. Jadi sekarang dila nak awak semua gunakan ayat ini untuk jadi kuat dan tak give up! Eceh 💪 

Petikan harapan Allah sampaikan ialah;

Holy Quran 39:53
"لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ "

Pesan Allah untuk kita; "Janganlah berputus asa dengan rahmat aku. Jangan"

Inilah ayatnya. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah! Allah kata jangan putus dengan rahmatnya!
Rahmat Allah itu sangat luas berbanding kemurkaan Allah. Buat dosa memang Allah sangat marah, tapi jika kita buat dosa sejuta tahun dan kita bertaubat seminit, Allah ampunkan dosa sejuta tahun. MashaAllah 😌❤

۞ قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
(Quran 39:53)

Dan akhir akhir ayat ini Allah kata, Dialah maha pengampun Allah nak kata siapalah boleh ampunkan dosa kita kalau bukan dia? Bertaubatlah, Allah teruskan ampun. 

Dan Allah juga ingin sangkal kita tadi persoalkan mana cinta sayang Allah kepada kita dengan mengatakan Allah Maha Pengasih di bahagian akhir ayat Quran ini siapa lagi pengasih daripada Allah?

Konklusinya, jom kita jadi kesayangan dan kecintaan Tuhan dan jangan pernah walaupun sekali putus asa dengan rahmat Allah! Allah sedia menunggu kita, apakah kita ingin sombong berpaling muka?

Ehem sekarang nak buat apa? Dah sedar belum kita punya dosa bertimbun yang belum diampunkan? Jadi meh kita bertaubat pada Allah! Jangan jadi sombong. Ayuh! 🏃

Waallahualam. Sekian. 
Moga bermanfaat. Assif atas kekurangan usrah malam nih. 
Yang baik datang dari Allah SWT yang buruk lagi hina dari saya Dila sendiri. 
Moga Allah terima taubat kita.
Moga Allah swt cinta.
Nabi Muhammad redha.
Syukran jazilan kesayangan semua 💕😘



No comments:

Post a Comment