Sunday 30 August 2015

Untuk Kisah Pendosa,Harapan Masih Ada



Dia yang Maha Pengampun.
Ampunya amat luas,
Dia tidak lelah untuk memadamkan segala keburukan lalu,
Tinggal kita menghargai kasih sayangNya,
Kebanyakan kita sekadar mengkhianatinya.. ๐Ÿ˜ฅ

Walaupun dosa awak sangat banyak menjulang langit tingginya dengan satu permintaan ampun daripada awak.. Saya ampunkan segala lambakan dosa bertimbun awak itu dan saya tidak kisah pun..

๐Ÿ Allah SWT itu maha kaya. KekayaanNya itu membuatkan Dia tidak berasa sedikit pun rugi bagi mengampunkan hamba hambaNya yang bersungguh dalam meminta pengampunan.

Ingat❗
Hanya yang berSUNGGUH.

๐Ÿ Dia sendiri tahu bahawa dia menciptakan kita dalam keadaan kita akan terjebak dgn dosa. Dia tahu Dia tidak menciptakan kita untuk hidup suci tanpa kesilapan. Kerana kita hanya makhlukNya. Yang sempurna hanyalah Dia.

๐Ÿ Namun Allah SWT tidak meninggalkan kita dengan ketidaksempurnaan kita begitu sahaja. Dia tidak lokek membukakan untuk kita peluang untuk bertaubat.

๐Ÿ Dia mengampunkan kita.
Tinggal kita sahaja, apakah mahu mendapatkan keampunanNya atau tidak sama sekali? ๐Ÿ˜Œ


SERUAN TIDAK BERPUTUS ASA ๐Ÿ’ช

๐Ÿ’ช Allah swt sangat memahami hamba hambaNya. Dialah yang menciptakan kita, Dia amat mengetahui perihal kita luar dan dalam. Justeru Dia mengetahui juga pertarungan dalam diri kita apabila berhadapan dengan dosa dosa kita. 

๐Ÿ’ช Allah swt memahami keadaan ini, lantas Dia tidak lupa meyelitkan seruan supaya kita tidak terus berputus asa dengan rahmatNya. Dia tidak pernah melupakan hamba hambaNya, walaupun penuh dosa dan penderhakaan. 

 ๐Ÿ’ช Ada dalam kalangan kita berasa bahawa dosanya terlalu banyak hingga dirasakan Allah swt mentakdirkannya untuk masuk neraka? Pernah kita fikir sebegitu? Siapa rasa pernah? ๐Ÿ™‹๐Ÿ˜ž 

Sayangnya Allah pada kita ๐Ÿ˜ฅ❤

"Katakanlah (wahai Muhammad), (bahawa Allah swt berkata) Wahai hamba hambaku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan perbuatan maksiat) , janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua yang maha pengampun, lagi maha mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat bulat kepada Nya. Sebelum kamu didatangi azab; keran sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."

(Surah Az Zumar, ayat 53 hingga ayat 54)

Betapa baiknya Allah swt pada kita dan betapa penyayang Nya Dia kepada hamba hambaNya. Memang ada balasan untuk orang yang berdosa, namun Allah swt tidak lupa memberikan peluang terlebih dahulu untuk kita semua sedar dah berubah. Diserunya kita, diberi harapan dan peluang

anji janji Keampunan ❤ 

Allah swt juga meletakkan banyak janji keampunan dan ganjarannya dalam al quran. 

Di sini ada beberapa Allah jelaskan dalam ayat ayat berikut :

๐Ÿ’• "Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan kepada orang orang yang mahu beringat" 
(Surah Hud, ayat 114)

๐Ÿ’• "Dan bagi Allah jualah segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani"
(Surah Ali Imran, ayat 129)

๐Ÿ’• "Dan kami tidak mengutus seseorang rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan jikalau mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah maha penerima taubat, lagi maha mengasihani."
(Surah An Nisa, ayat 64)

๐Ÿ’• "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri  (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani".
(Surah An Nisa, ayat 110)

Banyak, terlalu banyak janji dan seruan Allah swt supaya kita kembali kepadaNya. Meminta ampunan Nya. Tanda Dia sentiasa membuka pintu taubat selagi nyawa tidak dikerongkong. Selagi matahari tidak terbit sebelah barat. 

Apakah kita menyahut seruan seruan ini? 

Betapa penyayangnya Allah swt kepada kita. Apakah nanti jikalau kita diseksa oleh Allah swt di akhirat kelak (na'udzubillah), kita mahu berkata Allah swt tidak berbelas kasihan pada kita? 

Sesunguhnya Dia membuka peluang yang luas kepada kita! ๐Ÿ˜Œ

Antara cara untuk dapatkan pengampunan dari Allah ialah melakukan solat sunat taubat nasuha.

Taubat Nasuha ๐Ÿ’• 

Taubat. Apakah itu taubat? Nak senang cerita pasal taubat ni, taubat ni apabila kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan mohon ampun daripada segala dosa dan azam untuk tidak repeat segala kesilapan dan maksiat. Rukun negara ada lima maka rukun taubat tiga : 

✔ Penyesalan 
✔ Minta pengampunan
✔ Azam untuk tidak repeat dosa

๐Ÿ’ Fadilat taubat; 

❤ Diampunkan oleh Allah swt.
❤ Dimudahkan segala urusan.
❤ Menceriakan kehidupan seharian.
❤ Menghilangkan perasaan menekan.
❤ Mencegah dosa dan kemaksiatan.

๐Ÿ’ Niat taubat;

 ุงุตู„ูŠ ุณู†ุฉ ุงู„ุชูˆุจุฉ ุฑูƒุนุชูŠู† ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ูŠًًً

"Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah taala."

๐Ÿ’ Waktu mustajab bertaubat; 

๐Ÿƒ Waktu yang elok untuk bertaubat di antaranya ialah pada satu per tiga malam yang terakhir, iaitu lebih kurang selepas pukul 3 hingga 5 pagi. Itulah yang dinamakan waktu mustajab. Pada waktu itu, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Allah akan menerima taubat mereka yang bertaubat dan menerima doa bagi mereka yang berdoa.

๐Ÿƒ Dalam sebuah hadis daripada Asma’ bin al-Hakam al-Fazari, beliau menyatakan yang dia mendengar Saidina Ali berkata, bahawa beliau telah mendengar satu hadis yang memberi manfaat kepadanya, di mana hadis tersebut adalah daripada Saidina Abu Bakar, Rasulullah yang bersabda: Tidak ada seseorang pun yang berdosa satu dosa, lalu dia bangun dan membersihkan diri dan sembahyang, kemudian memohon keampunan Allah, kecuali Allah mengampuni akan dia, kemudian dia membaca ayat ini (Ali-Imran: 135) yang bermaksud: Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui – hadis hasan.

Okay disini ada satu kisah tentang "Kisah Pembunuh 99 orang" ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ญ๐Ÿ”ช ( angggap 99 org kih)

Apabila membicarakan perihal ampunan Allah swt, tak lupa menukilkan hadith berkait pembunuh yang membunuh 99 orang, kemudian dia cuba mencari jalan untuk bertaubat. 

Perhatikan Rasulullah saw menyatakan yang bermaksud : 

Daripada Abu Said Al Khudri r.a berkata, Rasulullah saw menyatakan, "Dahulu sebelum kalian, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya kepada seorang alim dalam kalangan penduduk bumi. Mereka menunjuk kepada seorang rahib (ahli ibadah) kemudian orang tersebut mendatangi rahib itu dan berkata bahawa dia sudah membunuh 99 orang. Apakah masih ada kesempatan untuknya bertaubat? 

Rahib tadi menjawab, Tidak! Orang itu terus membunuhnya, hingga genap menjadi 100.

Kemudia dia bertanyakan pula pada penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Lalu dia bertanya kepadanya bahawa dia sudah membunuh 100 orang apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? 

Orang alim tersebur menjawab, "Ya! Dan siapa yang bole menghalangi antara kamu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang orang yang beribadah kepada Allah swt. Beribadahlah bersama mereka dan jangan kembali ke negerimy adalah negeri yang buruk" 

Kemudian orang itu pergi, namun di tengah tengah perjalannya dia meninggal. Sehingga malaikat rahmat dan malaikat azab berselisih berkenaan pengakhirannya. Malaikat rahmat berkata "Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah" Malaikat azab berkata "Dia belum sempat beramal soleh sama sekali".

Kemudian datanglah kepada dua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua dua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata "Ukurlah antara kedua dua begeri tersebut yang mana lebih dekat jaraknya. Maka itu lah yang lebih berhak." Maka mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahawa dia lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya. 

( Hadith direkodkan oleh Al Bukhari dan Muslim )

๐Ÿ Pengajaran dari kisah ini;


๐ŸŒน Perbalahan dua malaikat itu sengaja Allah jadikan sebagai drama untuk refleksi kepada penilaian orang ramai terhadap pembunuh ini. Secara zahirnya dia tidak sempat untuk bertaubat, pastilah orang rasa dia patut ke neraka. Secara zahirnya juga, orang akan melihat kepada sejauh mana dia berusaha untuk bertaubat; maka dijadikan halnya perbandingan ukuran tadi. 

๐ŸŒน Tapi sebelum pengukuran itu dipilih sebelum dua malaikat mengetahui yang lelaki ini lebih hampir kepada kampung kebaikan, siapakah yang mematikannya di situ, iaitu dekat dengan kampung kebaikan, supaya dia dimasukkan kedalam syurga? 

Bukankah Allah swt?

๐ŸŒน Di sini tergambar luasnya ampunan Allah swt kepada hamba hambaNya. Begitulah juga kita dapati dalam hadith perempuan penzina yang dimasukkan kedalam syurga hanya kerana dia memberikan minum kepada anjing yang kehausan.

Allah swt sangat pemurah. Kerana itulah apabila kita teliti Al quran kita akan bertemu dalam surah Al Mulk, ayat 2. Allah swt menyatakan: 

ุงู„َّุฐِูŠ ุฎَู„َู‚َ ุงู„ْู…َูˆْุชَ ูˆَุงู„ْุญَูŠَุงุฉَ ู„ِูŠَุจْู„ُูˆَูƒُู…ْ ุฃَูŠُّูƒُู…ْ ุฃَุญْุณَู†ُ ุนَู…َู„ًุง ۚ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ْุนَุฒِูŠุฒُ ุงู„ْุบَูُูˆุฑُ

"Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia mahu kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun, (kepada orang orang yang bertaubat)"

Akhir sekali; 

"Ketika Tuhan Memberi Harapan"

Berdasarkan pengalaman dila, lain manusia ada lain cerita dan cerita dila boleh berhijrah adalah setelah berjumpa dan terbaca satu kata kata cinta daripada Allah. Ayat inilah yang berjaya membuat dila tak pernah give up. Kira ayat fav lah! Hehehe ๐Ÿ˜˜

Inilah ayat pesanan harapan daripada Allah untuk kita. 

Dengan pesanan harapan Allah inilah dila berasa kuat untuk berbahagia dalam hidayah. Jadi sekarang dila nak awak semua gunakan ayat ini untuk jadi kuat dan tak give up! Eceh ๐Ÿ’ช 

Petikan harapan Allah sampaikan ialah;

Holy Quran 39:53
"ู„َุง ุชَู‚ْู†َุทُูˆุง ู…ِู†ْ ุฑَุญْู…َุฉِ ุงู„ู„َّู‡ِ "

Pesan Allah untuk kita; "Janganlah berputus asa dengan rahmat aku. Jangan"

Inilah ayatnya. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah! Allah kata jangan putus dengan rahmatnya!
Rahmat Allah itu sangat luas berbanding kemurkaan Allah. Buat dosa memang Allah sangat marah, tapi jika kita buat dosa sejuta tahun dan kita bertaubat seminit, Allah ampunkan dosa sejuta tahun. MashaAllah ๐Ÿ˜Œ❤

۞ ู‚ُู„ْ ูŠَุง ุนِุจَุงุฏِูŠَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَุณْุฑَูُูˆุง ุนَู„َู‰ٰ ุฃَู†ْูُุณِู‡ِู…ْ ู„َุง ุชَู‚ْู†َุทُูˆุง ู…ِู†ْ ุฑَุญْู…َุฉِ ุงู„ู„َّู‡ِ ۚ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูŠَุบْูِุฑُ ุงู„ุฐُّู†ُูˆุจَ ุฌَู…ِูŠุนًุง ۚ ุฅِู†َّู‡ُ ู‡ُูˆَ ุงู„ْุบَูُูˆุฑُ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ُ
(Quran 39:53)

Dan akhir akhir ayat ini Allah kata, Dialah maha pengampun Allah nak kata siapalah boleh ampunkan dosa kita kalau bukan dia? Bertaubatlah, Allah teruskan ampun. 

Dan Allah juga ingin sangkal kita tadi persoalkan mana cinta sayang Allah kepada kita dengan mengatakan Allah Maha Pengasih di bahagian akhir ayat Quran ini siapa lagi pengasih daripada Allah?

Konklusinya, jom kita jadi kesayangan dan kecintaan Tuhan dan jangan pernah walaupun sekali putus asa dengan rahmat Allah! Allah sedia menunggu kita, apakah kita ingin sombong berpaling muka?

Ehem sekarang nak buat apa? Dah sedar belum kita punya dosa bertimbun yang belum diampunkan? Jadi meh kita bertaubat pada Allah! Jangan jadi sombong. Ayuh! ๐Ÿƒ

Waallahualam. Sekian. 
Moga bermanfaat. Assif atas kekurangan usrah malam nih. 
Yang baik datang dari Allah SWT yang buruk lagi hina dari saya Dila sendiri. 
Moga Allah terima taubat kita.
Moga Allah swt cinta.
Nabi Muhammad redha.
Syukran jazilan kesayangan semua ๐Ÿ’•๐Ÿ˜˜



Gurauan Halal


Topik hangat kita malam ni ๐Ÿ‘‡
๐Ÿ˜† Gurau-Gurau juga Tapi Jangan Sampai Berdosa ๐Ÿ˜†

๐ŸŽŽ Hidup tanpa gurauan umpama tubuh tanpa roh.
Maka, setiap manusia memerlukan ketawa dan senyuman ๐Ÿ˜„
Kerana ? Gurauan akan menerbitan senyuman dalam menceriakan sesebuah perhubungan ๐Ÿ˜ƒ Ecewahh ๐Ÿ˜‚

Haaaa ! ๐Ÿ˜จ
Hihi, manakala hidup tanpa gurauan boleh diumpamakan masakan tanpa garam ๐Ÿ˜– yekkk, Tawarrr ๐Ÿ˜ค
Sbb ? Hilang rasa keenakkaan dan daya tarikan ๐Ÿ˜•

Sayyidina Ali r.a pernah berkata :
'Masukkan gurauan dalam kata kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan'
Ya ! Gurauan itu perlu tetapi dalam kuantiti yang sedikit, tidak boleh berlebih lebihan yaaa ๐Ÿ‘ผ

Imam al Ghazali dalam kitab Ilya' Ulumuddin meletakkan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Beliau berkata : 'Asalnya senda gurau itu tercela dan dilarang kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya'

๐Ÿ’ซ Prinsip ini berdasarkan hadis Rasululullah s.a.w : 'Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu'

 Ya ๐Ÿ‘€ ! Bergurau senda tu dibenarkan tetapi jangan sampai melampau ๐Ÿ‘€

Kenapa?
Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Manakala, banyak ketawa akan mematikan hati, menjatuhkan maruah dan kehebatan diri serta timbulkan hasad dengki ๐Ÿ˜“

Opps. Itu baru mukadimah ๐Ÿ˜Š

Next ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ˜ Alaa, Gurau Gurau Ja ๐Ÿ˜

Malangnya, senda gurau yang diamalkan dalam masyarakat Islam kini sudah jauh menyimpang.
๐Ÿ˜€ Gurauan yang menjadi budaya masa kini terlalu banyak menyelitkan unsur unsur negatif seperti 'Merendah rendahkan orang lain' , 'lucah' , 'bohong' dan sebagainya...

๐Ÿ˜” Ada kala, perkara serius pun dibawa bergurau !

Contohnya,
1⃣ Bergurau tentang hidup mati seseorang.
2⃣ Bergurau tentang kemalangan.
3⃣ Mengajuk ngajuk suara orang lain.
4⃣ Mengedit gambar orang lain.
5⃣ Meletakkan 'caption' berbaur fitnah pada gambar tersebut. Then, upload dilaman sosial ๐Ÿ˜ญ Dibaca oleh jutaan orang sambil bergelak ketawa ๐Ÿ˜ฅ

Tidak rasa bersalahkah kita ?
Jangan ! Bergurau sedemikian.
Ia hanya menyakitkan perasaan orang yang menjadi mangsa gurauan, akibatnya boleh mendatangkan dosa ๐Ÿ˜ž

Lalu bagaimana, kita nak minta maaf pada dia ?
Jadi !
Berfikirlah sebelum bergurau ๐Ÿ˜•

Tanya diri ๐Ÿ˜’gurau aku ini berpahala atau boleh dtgkn dosa ?

Sambungan ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ

Rasulullah pun bergurau laa ? ๐Ÿ™†

Sungguh !
Rasulullah juga seorang yang suka dan gemar bergurau ๐Ÿ˜€
Atas sifatnya juga manusia, Baginda juga bergurau wahai sahabat sahabat ☺

Namun !
Sebagai seorang rasul, gurauannya sentiasa benar dan tidak bohong ✔

Nabi s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan selaian yang benar"
-Riwayat Al-Tarmizi-

♥ Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta tunggangan daripada Baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Rasulullah mendengar permintaan lelaki itu, Baginda berkata : "Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta"
Apabila lelaki itu mendengar kata kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Lalu, lelaki itu berkata,"Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta"? Kalau jamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah s.a.w berkata : 'Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta yang besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ma syaa allah !
Begitulah senda gurau Rasulullah, menghiburkan tetapi masih dalam lingkungan kebenaran ๐Ÿ˜‰

Jangan berdusta hanya kerana mengharap orang ketawa. Rasulullah bersabda :
"Hina orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Hinalah dia. Hinalah dia"
-Hadis Riwayat Ahmad-

Pahala Dapat ✔ Hati Terhibur ๐Ÿ’–

Memang tak salah bergurau syg !
Tapi, biarlah gurauan kita berpahala. Tak salah menjadi kawan yang suka bergurau ๐Ÿ˜† tetapi biarlah gurauan tu mampu mengeratkan lg hubungan persahabatan ✊✊

Rasulullah juga berkawan dgn org yg suka bergurau ๐Ÿ‘€
Beliau ialah Nu'aiman Ibn Amru al-ansari,penduduk madinah dari Bani Najjar.
Dalam kalangan sahabat, Nu'aiman sgt terkenal sbg sahabat yg suka bergurau ๐Ÿ˜€

Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi Nu'aiman yg sdg sakit mata. Dia sdg asyik makan kurma.

Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya :
"Bolehkah kamu makan kurma sdgkan matamu sdg sakit"?
Nu'aiman menjawab :
"Saya makan menggunakan mata yg satu lagi"
Mendengar jawapan tersebut, Baginda tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya. ๐Ÿ˜Š

Televisyan hari ni ๐Ÿ˜”
byk menyajikan program realiti yg berunsur komedi, jenaka dan ada juga yg mengenakan org lain !
Maka disitu kita perlu bijak memilih channel apa yang mahu kita lihat ๐Ÿ˜
Berhati hati dgn ketawa kita. Mungkin ia berpahala namun dikhuatiri mengundang dosa

๐Ÿ˜ Hebatnya Kesan Gurauan Rasulullah ๐Ÿ˜

Sekali lagi, Ya! Tak salah nak bergurau ๐Ÿ˜€
Bergurau juga boleh mendatangkan pahala sekiranya kita bergurau perkara perkara yang benar dan menghiburkan org yg mendengarnya ๐Ÿ˜‚
Kerana itu !
Tirulah gaya Rasulullah bergurau.
Gurauan Rasulullah bukan setakat berpahala malah sgt dicintai oleh keluarga dan para sahabatnya ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ

Sayidatina Aisyah r.h.a bercerita :
"Saya berlumba berjalan kaki dgn Nabi s.a.w dan saya berjaya mengalahkannya. Apabila badan saya bertambah gemuk, saya berlumba berjalan kaki dgn baginda pada masa yang lain dan Baginda mengalahkannya.
Baginda bersabda :
"Kemenangan ini adalah sebagai penebus kekalahan sebelum ini"
-Riwayat Abu Daud-

Hebat bukan ? ☺
Hanya dgn secebis gurauan Rasulullah, isterinya sudah terhibur lantas menceritakan kisah ini.

๐Ÿ˜Œ Kerana itu, tidak perlu terlalu beria ria bergurau dgn prank call yang memalukan dihadapan org lain.

Tanya diri kembali ? ๐Ÿ˜•
Adakah kesan gurauan kita spt Rasulullah ?

Adakah org seronok dgn gurauan kita atau gurauan kita menyebabkan org lain menjauhkan hati dgn kita ? ๐Ÿ˜ฐ

Renung-renungkan sahabat ๐Ÿ˜”

5⃣ Tip Gurau Berpahala.

Sebelum penutup usrah mlmni, yana nak kongsikan 5 Tip Gurau Berpahala ๐ŸŽ

Eh, biar betul !
Sabar ye sahabatku ☺ jom kita baca sama sama~

๐Ÿ™‡ Perkara Yang Benar ๐Ÿ™‡
Rasulullah sentiasa berkata benar. Kalau korg nak tahu, gurauan yg bersifat rekaan hal hal dusta tak dibenarkan dlm islam ❌

๐Ÿ˜† Tidak Ketawa Melampau ๐Ÿ˜†
Ketawa merupakan salah satu terapi ๐Ÿ˜ด
Korang boleh bayangkan tak kalau seharian kita tak gelak ? ๐Ÿ˜
Muka serius je ๐Ÿ˜๐Ÿ˜พ
Sepanjang masa. Orang tgok pun takut ๐Ÿ‘€
Tetapi, Islam mendidik kita agar ketawa dgn tak melampau. Melampau macam mna ye ?
Haaaa ๐Ÿ˜ƒ seperti ketawa berdekah dekah shingga boleh menyakitkan hati org lain ๐Ÿ’”

Sayidatina Aisyah bercerita :
"Belum pernah aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak bahak sehingga kelihatan anak tekak baginda. Namun, Baginda cuma tersenyum ๐Ÿ˜Š "
-Riwayat Muslim-

Bukan mudah nak ubah kebiasaan !
Tetapi kita boleh ubah sikit demi sikit ☺
Dengan niat tawa kita juga ikut sunnah Rasulullah. Bukankah itu juga ibadah ? ๐Ÿ˜

๐Ÿ˜œ Tidak Mempersendakan ๐Ÿ˜œ
Sudah menjadi trend masa kini, gurauan melibatkan fizikal dan rupa paras seseorang ๐Ÿ˜”
Mungkin korang pernah menjadi mangsa gurauan cthnya gemuk dikatakan gajah ๐Ÿ˜, kurus spt papan ๐Ÿ˜ , hitam spt arang ! ๐Ÿ˜ก

Gurauan macam ni boleh timbulkan pergaduhan !!
๐Ÿ’† Moga kita tak termasuk dlm golongan org yg sering mempersendakan org lain. Allah pun da bg amaran ๐Ÿ™…

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak(lelaki) menghina dan merendahkan rendahkan puak lelaki yang lain kerana harus puak yang dihina itu lebih baik drpada mereka"
-Surah al hujurat 49:11-

๐Ÿ‘œ Berkongsi Manfaat ๐Ÿ‘œ
Antara gurauan yg menarik bahkan boleh dtgkan pahala ialah gurauan ttg kebaikan atau fakta baharu ๐Ÿ“
Cthnya, korang boleh bergurau dgn sahabat berkenaan fakta "Tahukah anda, manusia hanya menggunakan 10% saje drpd otak mereka? Tapi 90% lagi jgn pula dibuang, tak cukup akal kita nanti " ๐Ÿ˜‚

๐Ÿ˜บ Jenaka begini scra tak langsung dpt kongsi informasi yg menarik bahkan ilmu yg baru ๐Ÿ˜บ
Dan pastikan fakta tu tepat dan benar laa ye ๐Ÿ˜‡

๐Ÿ”ช Tidak Memudaratkan ๐Ÿ”ช
Selain dari trend jadikan modal kelemahan bhn jenaka, gurauan bersifat kenakan org sudah menjadi kebiasaan !
Di tv, sebahagian intipatinya bertujuan tok kenakan org ๐Ÿ˜Ÿ
Contohnya, panggilan telefon yang mengundang tawa org lain, namun hakikatnya menjatuhkan maruah mangsa yang dikenakan prank tu ๐Ÿ˜ก

Ok itu sahaja untuk usrah sambungan ๐Ÿ˜Ž Gurau Gurau Juga Tapi Jangan Sampai Berdosa ๐Ÿ˜Ž