Saturday 3 October 2015

Kelebihan Tangisan Kepada Allah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh alam.

Ya Allah. berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

bersyukurlah kita kerana masih dikurnia nikmat Iman dan Islam.. kerana nikmat itu paling berharga..

"Ya Allah kau terangilah hati2 kami, jangan biarkan kami kehausan dan dahagakan hidayahmu,
hanya Allah tuhan kami, Muhammad kekasih kami, Islam anutan kami, iman keyakinan kami, taqwa pakaian kami,"

sebelum saya memulakannya, marilah kita bersama sama membaca ulmu kitab Al fatihah

pada hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai KELEBIHAN MENANGIS KERANA ALLAH SWT..

Namun  demikian Pernahkah seumur hidup kita menangis.

1. Menangis ikhlas kerana Allah SWT ?
2. Menangis kerana cintanya kepada Allah SWT?
3. Menangis kerana takut akan azab Allah SWT ?
4. Menangis kerana dosa-dosa masa lalu kita?
5. Menangis kerana lemahnya iman kita di hadapan Allah SWT ?
6. Menangis kerana bergetar hati kita ketika nama Allah SWT disebut?
7. Menangis kerana berguncangnya jiwa kita ketika mengingat amalan-amalan masa lalu kita.

agak agak kita sekarang dlm situasi yg mana? menangis kerana apa????

Oleh kerana itu tangisan inilah tangisan keimanan, tangisan keinsafan, tangisan ketulusan hati, tangisan hanifnya jiwa, tangisan tidak berdayanya kita. Semua  tangisan tersebut semata-mata kerana Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalamal-Qur’an surah Al-Anfal ayat 2:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka karenanya dan hanya kepada Rabb mereka, mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfal: 2)

Menangis yang disunnahkan dalam Islam, tentu sahaja bukan asal menangis, tapi menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Kita takut kepada-Nya kerana Allah SWT adalah Zat Yang Maha Kuasa dan Perkasa, sedangkan kita sebagai manusia tidak punya daya upaya melainkan  di atas izin dari Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam  al-Qur’an surah  At-Taubah ayat  82:

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya :
”Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS. At-Taubah: 82).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Isra ayat 109:

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

Ertinya :
” Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isrâ´: 109)

Fadhilat atau Keutamaan Menangis kerana Allah SWT iaitu:

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan naungan Allah SWT pada hari akhirat kelak yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya

Rasulullah SAW bersabda, ”Ada 7 (tujuh)  golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT itu bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

1) Imam (pemimpin) yang adil.
2) pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada  Rabb-Nya.
3) seseorang yang hatinya terkait dengan masjid.
4) dua orang yang saling mencintai kerana Allah.
5) seorang laki-laki yang di pujuk oleh wanita yang memiliki kedudukan lagi berparas cantik, lalu ia berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT.
6) Seseorang yang bersedeqah secara sembunyi sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya,
7) dan Seseorang yang menyendiri untuk mengingat Allah SWT, lalu berlinanglah air matanya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

menangis kerana Allah SWT, tidak akan masuk Neraka, bahkan api Neraka tidak akan pernah menyentuhnya

Rasulullah SAW bersabda:
”Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT  hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) akan kembali ke tempat asalnya.” (HR. at-Tirmidzi).

Dalam hadits yang lain, Rasulullah SAW  juga bersabda:
” 2 mata, yang keduanya tidak akan tersentuh api Neraka iaitu:

1) Mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

2) Mata yang di malam hari berjaga-jaga pada jalan Allah.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan keberuntungan dengan memperoleh kecintaan daripada Allah SWT ke atas mereka.

Rasullullah SAW bersabda:
” Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah SWT daripada dua titis dan dua bekas:

iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah SWT, dan titisan darah yang tumpah di jalan Allah SWT dengan  berjihad.

Adapun dua bekas: iaitu bekas dijalan Allah SWT, dan bekas dalam menjalankan apa-apa yang difardhukan oleh Allah SWT.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan keberuntungan dengan di berikan pohon Thuba di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda, ” Thuba bagi orang yang dapat mengendalikan lidahnya, orang yang meluaskan rumahnya (untuk menerima tetamu ) dan orang yang menangis karena kesalahan-kesalahan masa lalunya.” (HR. At-Tirmidzi)

Nabi SAW telah menerangkan pohon Thuba dalam sabda-nya:
” Thuba adalah sebuah pohon di syurga sejauh perjalanan seratus tahun. Pakaian penduduk syurga keluar dari tangkai-tangkai kelopak bunganya.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan digolongkan sebagai orang-orang yang taat kepada Rasulullah  SAW.

Seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada beliau: ” Wahai Rasulullah, apakah an-Najaah (keselamatan) itu” Maka beliau bersabda: “Kendalikan lidahmu, hendaknya  luaskan rumahmu (menerima  tetamu), dan menangislah atas kesalahan-kesalahanmu.” (HR. At-Tirmidzi)

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan bahagian dalam menteladani akhlak Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Ia akan mendapatkan kenikmatan dan kemuliaan dengannya. Termasuk petunjuk Nabi SAW dan para sahabat beliau RA sepeninggalnya adalah menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan bahagian dari meneladani akhlak para  Nabi yang telah diberikan kenikmatan oleh Allah SWT kepada mereka.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Maryam ayat 58:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

Ertinya :
” Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam : 58).

Menangis kerana Allah SWT, keimanannya akan ditambah oleh Allah SWT.

Kita berkeyakinan bahawa keimanan seseorang akan bertambah kuat dengan ketaatan dan akan berkurang dengan maksiat.

Menangis kerana takut kepada Allah SWT merupakan salah satu ketaatan yang paling mulia dan paling dicintai Allah SWT kerana peranannya dalam menambah keimanan seseorang kepada Allah SWT .

renungkan.. selama kita hidup. bila kali terakhir kita betul betul menagis kerana Allah  menangis waktu kita jatuh terjunam sahaja?  bila kita bangkit tersenyum kembali  adakah kita masih ada masa nak menangis kerana Allah?

kita memang tidak sempurna. tapi kita mampu lakukan yg lebih baik. insyaAllah..  sampai situ saja usrah mlm ni.
kalau ada yg terkurang saya minta maaf ya. sama sama kita baiki.

Kemanisan Iman saat Hidayah bertandang




Manisnya iman saat hidayah mula-mula masuk dalam hati kita.
Kan?
Ma shaa Allah. Tenang.
Rasa dekat sangat dengan syurga.
Rasa sangat belaian kasih sayang Allah pada kita.
Rasa takut sangat nak buat dosa.
Rasa macam nak buat amal ibadah satu hari tu.

Ana percaya ramai di antara kita,
Allah turunkan hidayah tu dalam pelbagai bentuk.
Salah satunya,
Dengan air mata kita.
Kan?
Air mata kita penyebab hati kita lembut dari kekerasan.
(Lebih keras dari batu berlian)
(Sebab batu yang paling keras di dunia adalah batu berlian)
Seterusnya,
Penyebab ego kita jatuh.
Penyebab pergantungan kita pada tu hanya Allah.
(Daaann banyak lagi sebabnya)
Sebab air mata itulah formulanya.
Dengan air mata,
Kita kalah dalam semua benda.

kan.
hmmm.
Bila hidayah lekat dalam hati kita,
Rasa bahagia tahap kuasa tiga.
Rasa seronokkkkkk sangat.
Rasa macam Allah dekat dengan kita.

Walau sakit ditanggung jasad,
Tapi manis dirasai oleh hati.
Bila orang yang beriman,
Dia tidak akan merungut mengapa ujian itu untuk dia.
Makin kita dekat dengan Allah,
Makin Allah lemparkan ujianNya dekat kita.
Ujian tanda Allah sayang.
Bila Allah selalu lemparkan ujian untuk kita,
Tu maknanya Allah nak kita bergantung pada Dia sahaja ☝
Kalau takde ujian,
Kita lalai !
Bila lalai,
Allah rindu tangisan kita.
Kerana itu, ujian selalu datang.
Qawiy kay baby?


Hidayah datang mengetuk pintu hati kita kerana kita yang mengizinkan dia masuk.
Bukan dia sendiri datang.
Sebab hidayah tak datang offer diri.
Bukan hidayah zara zya yang berlakon dalam cerita hidayahMu ramadhan tu.
Tapi hidayah iaitu petunjuk.
Kita kena usahakan hidayah tu.
Lainlah soal jodoh.
Perlu tunggu.
Kadang perlu usaha.
Tapi cukup sekadar doa,
"Allah, moga jodohku seseorang yang meletakkan Engkau nombor satu. Agar aku bisa menumpangnya sekali ke syurga. Dan seseorang yang indah budi dan akhlaknya"
(Aminkan untuk diri sendiri ya)

Berbalik pada tajuk kita kay baby semua
Sakitkan bila kita nak sambut hidayah tu?
Lepas sambut pun still sakit.
Tapi, manisnya?
Subhanallah.
Lebih manis dari gula kapas.
Laa. Terliur ke?
Nah  (anggap saja gula kapas)

Sebelum hidayah mula sentuh hati kita,
Tangisan berjuta tangisan Allah beri.
Inikan lagi setelah hidayah dipenjara dalam hati.
Makin berjuta biji mutiara telah gugur jatuh ke tanah.
Tangisan demi tangisan.
Bukan senang kita nak tempuhi cabaran dunia.
Hidayah Allah,
Hanya pada mereka yang istimewa.
Siapa mereka?
Kitalah semua.
Sebab mata kita dah di cuci dengan keinsafan.
Mata hati dah sedar bagaimana sakitnya Neraka.
Alhamdulillah.
(Tepukan untuk diri sendiri )

Bila cerita soal hidayah, kita akan terpaut dengan penghijrahan.
Kerana hidayah penyebab kita berubah ke lebih baik.
Baik amalan mahupun penampilan.
Tujuan berhijrah jika hati tak niat kerana Allah,
Kita sedia tahu penghijrahan itu cuma sia-sia.
Bila bukan kerana Allah,
Kita takkan mampu tahan untuk istiqamah.
Berubah kerana manusia?
Berubah kerana kucing?
(eh ada ke?)
(okay sis gurau)
Bila kita sakit kerana manusia,
Pilihan terakhir yang kita pilih waktu tu, Allah jua.
Allah hantarkan manusia tu untuk buat kita menangis.
Untuk kita balik pada Dia.
Bukannya penyebab kita berubah sebab dia.
Then,
Esoknya jugak kita berubah(konon) sebab nak tunjuk depan dia.
Nak bagitahu kat dia yang kita lebih baik tanpa dia.
(Drama tamil pun tak mcmtu)
Nak show off lah yang u tu dah berubah.
Allah yang pujuk hang,
Kenapa tak niat berubah sebab Dia?
Hang tak aci !

Bila kita berubah kerana Allah,
Kita kenal Allah dulu.
Bukan setakat kenal nama Dia.
Tapi kenal sifat dan kuasaNya.
Kenal perintahnya.
Kenal segala-galanya.
(Boleh add lagi)
Kita berubah sikit2.
(Sikit2 lama2 jadi bukit)
(Nah tabung)
Kumpulkan iman kita.
Sikit demi sedikit.
Kalau drastik,
Takut nanti bila jatuh,
Hang jatuh tersembam cium tanah.
Bukan lagi jatuh terduduk.
Kerana itu, kita gali dulu apa yang hati kita perlukan.
Baru kita decide yang kita betul2 dah berubah.
Takut bila drastik and kerana manusia ni ianya boleh jadi,
kegagalan dalam penghijrahan

Kemanisan iman sewaktu awal2 hidayah meminang dulu,
Makin kurang.
Tak semanis waktu dulu.
Hmmm
Sebabnya kita niat pun berhijrah kerana manusia.
Berhijrah pun drastik.
Kejutan buat jasad.
Mau tak terkojot.
Lama2,
Kita akan bosan.
Sebab effort kita,
Orang tak pandang.
Bila niat kerana Rabb,
Kita akan fikir Allah tengah pandang.
Kemanisan iman pun kita akan rasa sampai bila2.
Walaupun tak dinafikan kadang kita jatuh.
Sebab syaitan pun dah berkali jatuh tengok kita bangkit.
Takkan nak biarkan syaitan bangkit melihat kita jatuh?
Sis sokong statement "muslimah itu kadang rapuh"
Sebab atul sendiri rapuh.
(Rapuhnya mcm chu olls patahkan ranting pokok yang nipis)
Hmmm.

Maka, jawapan terbaiknya adalah,
Jadikan manusia itu penyebab kita berubah kerana Allah.
Jadikan drastik itu penyebab kita takut mati esok.
Niat saja Allah dalam hati.
Tak kiralah apa orang nak kata.
Takut bila tergelarnya kegagalan dalam penghijrahan ni bila,
1. Kita gagal dalam menempuh ujian.
2. Rasa bosan bila kita pakai pakaian labuh ni.
3. Rasa down bila orang lain hentam kita dalam dakwah.
4. Percakapan tak jaga.
5. Batas pergaulan (ikhtilat) antara perempuan dan lelaki tak jaga.
6. Penghijrahan yang mengharapkan pujian manusia.
7. Mendapat pandangan manusia.
8. (Macam2 lagi)
Penghijrahan tu takkan kekal.
Hidayah tu sendiri akan lari.

Kita taknak penghijrahan kita terhenti di tengah jalan.
(Ku sangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari)
Paling tidak pun,
Kita rapuh.
Tapi kita cuba bangkit balik.
Cuba untuk rasai kemanisan iman seawal penghijrahan semula.
Kita cuba !
Cuba bangkit !
Kita sedar sebab kita tak setabah Nabi Muhammad.
Kita cuma,
Insan yang serba lemah.
Jadikan Allah penyebab kita kuat
Walaupun ianya bukan senang.
Kuncinya,
Sabar


Iman yang dulunya tinggi kini rendah.
Amalan sunat yang dulunya rajin kini payah nak buat.
Tudung yang dulunya labuh kini singkat kembali.
Tangan yang dulunya dibalut handsock kini tidak lagi.
Kaki yang dulunya ditutup stokin kini dah terbuka.
Baju yang dulunya melepasi lutut/punggung kini singkat kembali.
Seluar yang dulunya besar kini mulai kecut.
Mata yang dulunya menundukkan pandangannya kini langsung tidak.
Bibir yang dulunya dikunci dari kata kesat kini hembus saja.
Tangan yang dulunya takut membuat maksiat kini merelakan saja.
Kaki yang dulunya selalu ke majlis ilmu kini tidak lagi.
Telinga yang dulunya rajin mendengar perkara baik kini tiada.
Hmmm.
Takut jika ini bakal terjadi pada kita.
Takut sangat.
Sebab bila dah jatuh mcmni, susah kita nk bangkit.
In shaa Allah upgradekn lagi iman kita wahai penghuni syurga.
Agar ujian berat ini, kita mampu tempuhi satu per satu..

Iman yang dulunya tinggi kini rendah.
Amalan sunat yang dulunya rajin kini payah nak buat.
Tudung yang dulunya labuh kini singkat kembali.
Tangan yang dulunya dibalut handsock kini tidak lagi.
Kaki yang dulunya ditutup stokin kita terbuka.
Baju yang dulunya melepasi lutut kini tiada lagi.
Seluar yang dulunya besar kini mula kecut.
Mata yang dulunya menundukkan pandangannya kini langsung tidak.
Bibir yang dulunya dikunci dari kata kesat kini hembus saja.
Tangan yang dulunya takut membuat maksiat kini merelakan saja.
Kaki yang dulunya selalu ke majlis ilmu kini tidak lagi.
Telinga yang dulunya rajin mendengar perkara baik kini tiada.
Hmmm.
Takut jika ini bakal terjadi pada kita.
Takut sangat.
Sebab bila dah jatuh mcmni, susah kita nk bangkit.
In shaa Allah upgradekn lagi iman kita wahai penghuni syurga.
Agar ujian berat ini, kita mampu tempuhi satu per satu..

Kerana itu, sebelum menggelar diri kita benar2 berubah,
Kita kena persiapkan iman.
Persiapkan ilmu.
Kumpul amal dan ibadah.
Perbaiki sikap dan tingkah laku.
Jaga ketawa.
Jaga aurat.
Jaga ikhtilat.
Jaga pemakanan.
(Okay sis kidding)
Cuba kita ubah semuanya.
Apa yang payah nak buat, kita practise bagi biasa.
Haa.
Barulah penghijrahan kita berkualiti.
(Ayat hentaman utk diri sendiri sebenarnya)
Hmm.

Last but not least.
(Dah ngantok ke tu chu olls. hehehe. Lagi sikit je ni dah nak abes dah)
Ana percaya Allah hadirkan pelbagai sebab utk kita berubah.
Takpe.
Biarlah ianya cuma menjadi rahsia.
Bila kita decide nak berubah,
Hati kasi kental.
Cukupkan apa yang kita kurang.
Yeah !
Baru lancar proses penghijrahan kita.
Agar gelaran "kegagalan dalam penghijrahan",
Tiada pada kita.
.
Sekian itu sahaja usrah pendek dari hamba marhaen,
Nur Zahidatul Ain.
Maaf andai ada salah silap sepanjang atul menyampaikan usrah ini.
Maaf andai terlalu banyak kekurangan.
Cuma ini saja yang atul mampu.
Niatkan semua kerana Allah.
In shaa Allah, Allah redha.
Segala yang baik semestinya dari Dia,
Yang buruk semestinya dari atul sendiri.