Saturday 3 October 2015

Kelebihan Tangisan Kepada Allah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh alam.

Ya Allah. berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

bersyukurlah kita kerana masih dikurnia nikmat Iman dan Islam.. kerana nikmat itu paling berharga..

"Ya Allah kau terangilah hati2 kami, jangan biarkan kami kehausan dan dahagakan hidayahmu,
hanya Allah tuhan kami, Muhammad kekasih kami, Islam anutan kami, iman keyakinan kami, taqwa pakaian kami,"

sebelum saya memulakannya, marilah kita bersama sama membaca ulmu kitab Al fatihah

pada hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai KELEBIHAN MENANGIS KERANA ALLAH SWT..

Namun  demikian Pernahkah seumur hidup kita menangis.

1. Menangis ikhlas kerana Allah SWT ?
2. Menangis kerana cintanya kepada Allah SWT?
3. Menangis kerana takut akan azab Allah SWT ?
4. Menangis kerana dosa-dosa masa lalu kita?
5. Menangis kerana lemahnya iman kita di hadapan Allah SWT ?
6. Menangis kerana bergetar hati kita ketika nama Allah SWT disebut?
7. Menangis kerana berguncangnya jiwa kita ketika mengingat amalan-amalan masa lalu kita.

agak agak kita sekarang dlm situasi yg mana? menangis kerana apa????

Oleh kerana itu tangisan inilah tangisan keimanan, tangisan keinsafan, tangisan ketulusan hati, tangisan hanifnya jiwa, tangisan tidak berdayanya kita. Semua  tangisan tersebut semata-mata kerana Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalamal-Qur’an surah Al-Anfal ayat 2:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka karenanya dan hanya kepada Rabb mereka, mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfal: 2)

Menangis yang disunnahkan dalam Islam, tentu sahaja bukan asal menangis, tapi menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Kita takut kepada-Nya kerana Allah SWT adalah Zat Yang Maha Kuasa dan Perkasa, sedangkan kita sebagai manusia tidak punya daya upaya melainkan  di atas izin dari Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam  al-Qur’an surah  At-Taubah ayat  82:

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya :
”Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS. At-Taubah: 82).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Isra ayat 109:

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

Ertinya :
” Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isrâ´: 109)

Fadhilat atau Keutamaan Menangis kerana Allah SWT iaitu:

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan naungan Allah SWT pada hari akhirat kelak yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya

Rasulullah SAW bersabda, ”Ada 7 (tujuh)  golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT itu bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

1) Imam (pemimpin) yang adil.
2) pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada  Rabb-Nya.
3) seseorang yang hatinya terkait dengan masjid.
4) dua orang yang saling mencintai kerana Allah.
5) seorang laki-laki yang di pujuk oleh wanita yang memiliki kedudukan lagi berparas cantik, lalu ia berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT.
6) Seseorang yang bersedeqah secara sembunyi sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya,
7) dan Seseorang yang menyendiri untuk mengingat Allah SWT, lalu berlinanglah air matanya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

menangis kerana Allah SWT, tidak akan masuk Neraka, bahkan api Neraka tidak akan pernah menyentuhnya

Rasulullah SAW bersabda:
”Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT  hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) akan kembali ke tempat asalnya.” (HR. at-Tirmidzi).

Dalam hadits yang lain, Rasulullah SAW  juga bersabda:
” 2 mata, yang keduanya tidak akan tersentuh api Neraka iaitu:

1) Mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

2) Mata yang di malam hari berjaga-jaga pada jalan Allah.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan keberuntungan dengan memperoleh kecintaan daripada Allah SWT ke atas mereka.

Rasullullah SAW bersabda:
” Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah SWT daripada dua titis dan dua bekas:

iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah SWT, dan titisan darah yang tumpah di jalan Allah SWT dengan  berjihad.

Adapun dua bekas: iaitu bekas dijalan Allah SWT, dan bekas dalam menjalankan apa-apa yang difardhukan oleh Allah SWT.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan keberuntungan dengan di berikan pohon Thuba di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda, ” Thuba bagi orang yang dapat mengendalikan lidahnya, orang yang meluaskan rumahnya (untuk menerima tetamu ) dan orang yang menangis karena kesalahan-kesalahan masa lalunya.” (HR. At-Tirmidzi)

Nabi SAW telah menerangkan pohon Thuba dalam sabda-nya:
” Thuba adalah sebuah pohon di syurga sejauh perjalanan seratus tahun. Pakaian penduduk syurga keluar dari tangkai-tangkai kelopak bunganya.” (HR. At-Tirmidzi).

Menangis kerana Allah SWT, akan digolongkan sebagai orang-orang yang taat kepada Rasulullah  SAW.

Seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada beliau: ” Wahai Rasulullah, apakah an-Najaah (keselamatan) itu” Maka beliau bersabda: “Kendalikan lidahmu, hendaknya  luaskan rumahmu (menerima  tetamu), dan menangislah atas kesalahan-kesalahanmu.” (HR. At-Tirmidzi)

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan bahagian dalam menteladani akhlak Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Ia akan mendapatkan kenikmatan dan kemuliaan dengannya. Termasuk petunjuk Nabi SAW dan para sahabat beliau RA sepeninggalnya adalah menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Menangis kerana Allah SWT, akan mendapatkan bahagian dari meneladani akhlak para  Nabi yang telah diberikan kenikmatan oleh Allah SWT kepada mereka.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Maryam ayat 58:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

Ertinya :
” Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (QS. Maryam : 58).

Menangis kerana Allah SWT, keimanannya akan ditambah oleh Allah SWT.

Kita berkeyakinan bahawa keimanan seseorang akan bertambah kuat dengan ketaatan dan akan berkurang dengan maksiat.

Menangis kerana takut kepada Allah SWT merupakan salah satu ketaatan yang paling mulia dan paling dicintai Allah SWT kerana peranannya dalam menambah keimanan seseorang kepada Allah SWT .

renungkan.. selama kita hidup. bila kali terakhir kita betul betul menagis kerana Allah  menangis waktu kita jatuh terjunam sahaja?  bila kita bangkit tersenyum kembali  adakah kita masih ada masa nak menangis kerana Allah?

kita memang tidak sempurna. tapi kita mampu lakukan yg lebih baik. insyaAllah..  sampai situ saja usrah mlm ni.
kalau ada yg terkurang saya minta maaf ya. sama sama kita baiki.

No comments:

Post a Comment