Saturday, 1 August 2015

WUDHU'

credit:




Assalamualaikum keluarga usrahku..

Malam ini saya akan menyampaikan usrah bertajuk WUDHU' .
mungkin tajuk nampak biasa tapi saya ad byk perkara nk share tntg wudhu.
okay kita mulakan dengan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dalam rukun wudhu ada 6 perkara iaitu :

•         Niat  
•         Membasuh muka ( dari anak rambut di dahi )
•         Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku
•         Membasuh sebahagian dari kepala
•         Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali
•         Tertib ( mengikut susunan )



Ketika wudhu pun ada perkara sunat yang bila dilakukan kita akan mendapat pahala.

 Antaranya :

•         Membaca Basmallah
•         Membasuh kedua tapak tangan 3x
•         Bersiwak ( berus gigi )
•         Berkumur-kumur
•         Beristinsyaq ( memasukkan air ke dalam hidung )
•         Menyelati janggut yang tebal,jari –jari dengan air
•         Menyapu semua kepala
•         Menyapu kedua telinga
•         Menghadap kiblat
•         Tidak bercakap-cakap
•         Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
•         Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu'


Kita mulakan wudhu dengan

1) Berniat wudhu (dalam hati) untuk menghilangkan hadats.


نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَصْغَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى


2) Mengucapkan basmalah

3) Membasuh dua telapak tangan (3 kali)

🌸Doa ketika membasuh dua pergelangan tangan:

اللَّهُمَّ احْفَظْ يَدَيَّ مِنْ مَعَاصِيكَ كلها

Allohummahfidz Yadayya Min Ma a'syika Kulliha
Artinya: Ya Allah, peliharalah kedua tanganku daripada melakukan maksiat
kepadaMu.

4) Mengambil air dengan tangan kanan kemudian memasukkannya ke dalam mulut dan hidung untuk berkumur-kumur dan istinsyaq (memasukkan air dalam hidung). Kemudian beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) dengan tangan kiri sebanyak 3 kali.

🌸 Doa ketika berkumur:

اللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allohumma a'inni 'Ala Dzikrika wa Syukrika wahusni 'Ibadatika
Artinya: Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan
bersyukur kepadaMu, dan perelok ibadah kepadaMu.

🌸Doa ketika membasuh hidung:

اَللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَة الجَـنَّةْ

Allohumma Arihni Roihatal Jannati

Artinya: Ya Allah, berilah aku ciuman daripada haruman bau Syurga.


5) Membasuh seluruh wajah dan menyela-nyelai jenggot sebanyak 3 kali

🌸Doa ketika membasuh muka (setelah membaca niat wudhu dalam
hati):

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ
وُجُوْهٌ

Artinya: Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari putihnya wajah-wajah
dan hitamnya wajah-wajah.

6) Membasuh tangan kanan hingga siku bersamaan dengan menyela-nyelai jemari sebanyak 3 kali kemudian dilanjutkan dengan yang kiri.

🌸 Doa ketika basuh tangan kanan:

اَللَّهُمَّ اَعْطِنِى كِتاَبِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَاباً
يَسِيْرًا

Allohumma A'thini kitabi biyamini wa hasibni hisaban yasiro
Artinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan
hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.

🌸 Doa ketika membasuh tangan kiri:

اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى بِشِمَالِى وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ
ظَهْرِىْ

Allohumma Laa Ta'thini Kitabi bisyimali walaa min waro,i dzohri
Artinya: Ya Allah, janganlah beri kepadaku kitab amalanku dari sebelah
kiri atau dari sebelah belakang.

7) seluruh kepala dengan cara mengusap dari depan ditarik ke belakang, lalu ditarik lagi ke depan, dilakukan sebanyak 1 kali.

🌸Doa saat membasahi kepala:

اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ عَلَى النَّارِ

Allohumma harrim sya'ri wabasyari 'Alannari.
Artinya: Ya Allah, haramkan rambutku dan kulit kepalaku daripada
neraka.

8) Dilanjutkan menyapu bagian luar dan dalam telinga sebanyak 1 kali.

🌸Doa ketika membasuh dua telinga:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ

فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ

Allohummaj'Alni minalladzina yastami'unal Qoula fayattabi'una ahsanahu
Artinya: Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengar
ucapan yang baik dan mengikuti sesuatu yang terbaik.

9) Membasuh kaki kanan hingga mata kaki bersamaan dengan menyela-nyelai jemari sebanyak 3 kali kemudian dilanjutkan dengan kaki kiri.

🌸 Doa saat membasuh dua telapak kaki:

اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ

اْلاَقْدَامِ

Allohumma Tsabbit Qodami 'Alaa Syirothika yauma tazillul Aqdam
Artinya: Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian shirothol
mustaqim pada hari dimana banyak kaki-kaki yang tergelincir.


🍁dan yang terakhir adalah doa setelah berwudhu:

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ
أَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ
اْلمُتَطَهِّرِيْنَ وَصَلَى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ


Artinya: Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu
baginya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.
Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan
jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci. Dan selawat dan
salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarganya, dan
sahabat-sahabatnya.







           Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. pernah tak kita pikir kenapa wudhu ni wajib ? kenapa kita kena basuh anggota badan kita ? Setiap perintah Allah s.w.t mestila memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Seperti yang difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

           Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah)


           Byk lagi rahsia2 wudhu yg mgkn masih lagi belum kita ketahui atau kita pelajari, Setakat ini, yg bole saya share berdasarkan  kajian pakar neuro iaitu Ahli kaji saraf/ neurologist yang telahpun membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Sebab tu, bila kita marah atau resah, ambillah wudhu kerna ia dapat menenangkan diri kita.

Untuk pengetahuan ahli US semua, dalam badan kita ni ad byk titik akupuntur. Jadi apabila kita  sentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad.
Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk .

oke untuk pengetahuan yg terakhir, saya nk share kelebihan berwudhu'


 ia merupakan Sebahagian Dari Iman

🌸Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim, no. 223)

Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

🌸Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)

Dari Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya." (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)

 Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia

🌸Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

 Wudhu’ Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

🌸Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki." (H/R. Muslim, no: 234)

Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat

🌸Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, no: 250)

Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan

🌸Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W., bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan.

🌸Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W. :

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas." (H/R. al-Bukhari, no: 1091).

👉Ini baru serba sedikit je tntg kelebihan wudhu selain ia menenangkan jiwa kita. Oleh itu, saya nak pesan kepada ahli usrah , walaupun hanya berwudhu , Jangan kita anggap ia remeh, sbb hanya dengan WUDHU YANG SEMPURNA, dosa dosa kita bole diampunkan, solat kita lebih khusyuk, doa kita inshaallah dimakbulkan Allah ta'ala dan dengan hanya berwudhu, kita bole mengawal sifat amarah dalam diri, mendapat ketenangan yg sgt kita perlukan bila diri kita tak keruan.

sekian, selamat membaca kepada ahli usrah disayangi , HADAM & AMALKAN.

Semoga walaupun hanya dengan berwudhu, kita mendapat lebih byk keberkatan dari Allah ta'ala. yang baik dtg nye dri Allah ta'ala , yg buruk adalah atas silap diri sndiri.

Sekian wasalam.