Monday, 21 September 2015

Bersyukur




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu. Sebelum saya mulakan usrah pada malam ini,marilah kita berselawat ke atas junjungan rasulullah,keluarganya dan para sahabat

Bersyukur atau rasa terima kasih perasaan atau sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau akan diterima ๐Ÿ˜Š. Rasa bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama ๐Ÿ‘. Islam contohnya, menekankan rasa berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang dikurniakannya ๐ŸŒธ

Tajuk usrah saya pada malam ini adalah syukur ๐Ÿ’•

Mungkin, pernah sekali sekala dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari kita merasa kurang puas dengan apa yang kita ada sekarang dan mungkin kita merasa kecewa kerana apa yang kita harapkan belum dan tidak terjadi ๐Ÿ˜ฃ Kadang kala ketidakpuasan kita dengan keadaan dan kehidupan kita sekarang seringkali menjadikan kita merasa kurang ghairah dan tidak bersemangat, lesu dalam bekerja dan bersikap negatif ๐Ÿ˜” Bahkan yang paling parah apabila kita bersikap mengingkari rahmat kasih sayang Allah SWT dengan berburuk sangka pada-Nya ๐Ÿ˜ž Allahu ๐Ÿ˜ข

Lalu mengapa kini kita merasa susah?
Mengapa kini kita merasa terbebani dengan kesulitan yang kita hadapi?

Mengapa kita terpuruk di dalam usaha?
Mengapa kita merasa kehilangan kesempatan dan peluang?

Mengapa kita merasa krisis kewangan ?
Mengapa kita merasa tersempit dan tertimpa musibah dan kehancuran hidup?

Mengapa kita merasa menjadi korban?
Mengapa kita merasa sesak nafas seolah semangat dan ghairah hidup timbul tenggelam?

Lalu, layakkah kita merasa demikian?
Mana senyummu?
Mana tawamu?
Mana sukacitamu?
Mana bahagiamu?
Mana syukurmu?

“Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”(Ibrahim :7).

Marilah kita sama-sama bermuhasabah. Lakukan refleksi diri. Setiap individu diberi kelebihan dan kekurangan diri๐Ÿ˜Š. Bersyukur atas apa yang kita ada pada saat ini kerana ada yang lebih serba kekurangan ๐Ÿ˜Œ

Dan marilah kita merubah mentaliti dan cara pemikiran kita ๐Ÿ”ฎ. Jika kita malas dalam melakukan sesuatu hal, sesungguhnya kita tidak akan mendapatkan hasil daripadanya ๐ŸŒ. Seperti jika kita tidak belajar bersungguh-sungguh, manakan kita akan berjaya ? ๐ŸŽ’

Sesungguhnya,apa yang telah dianugerahi oleh Allah mempunyai kebaikannya kepada kita ๐Ÿ˜˜. Sebaik-baik perancang adalah diri-Nya. Kita sebagai hamba haruslah redha dan bersyukur akan segala yang diberikan olehnya. ❤

Dah selesai refleksi diri, jom kita ketahui antara cara-cara untuk bersyukur


 Mensyukuri Nikmat Allah Dengan Hati ๐Ÿ’“

Cara bersyukur kepada Allah dengan hati ini maksudnya adalah dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya hanya dari Allah SWT semata๐ŸŒŽ๐ŸŒ•๐ŸŒž☁

Mensyukuri Nikmat Allah Dengan Lisan Lidah ๐Ÿ‘…๐Ÿ‘„

Caranya adalah dengan kita memperbanyak ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).๐Ÿƒ

Caranya lainnya adalah dengan bertafakkur kepada Allah swt, pandangan mata batin bahawa Allah swt lah Sang Maha Pemberi nikmat tersebut. ๐Ÿ‘€

Selalu berpikir positif (husnudzon) terhadap semua nikmat Allah swt, kerana nikmat pada dasarnya adalah sebagai ujian, bersyukur atau tidak ๐Ÿ™Œ

Manusia sering mengingati Allah swt di saat susah yang juga sebagai ujian, tapi sering lupa kepada Allah di saat di uji dengan nikmat kesenangan ๐Ÿ˜”

 Mensyukuri Nikmat Allah Amal Perbuatan ๐Ÿ‘

Yaitu perbuatan dalam bentuk ketaatan kita menjalankan segala apa yang diperintah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya ๐Ÿšซ. PerintahNya termasuk segala hal yang yang berhubungan dalam rangka menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah itu yang bersifat wajib mahupun sunat ๐Ÿ‘ฃ.

Menggunakan nikmat tersebut sesuai keinginan Sang Maha Pemberi, direalisasikan untuk amal kebajikan yang semakin meningkat, seperti sedekah,  infak, zakat, pembangunan masjid, madrasah, dan juga digunakan untuk semua amal kebajikan lainnya. ๐Ÿ‘ญ


 Mensyukuri nikmat adalah juga merupakan menunjukkan tanda kedekatan dan tanda ciri kecintaan seseorang kepada Allah ๐Ÿ’—

Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah Subhanahu wa ta'ala kepada mereka semuanya dan juga kepada seluruh alam semesta ini. ๐Ÿ

Kita perlu belajar bahawa orang-orang mukmin sejati yang sentiasa mengerti dan memahami akan keutamaan bersyukur kepada Allah berada dalam keadaan yang sangat sulit sekalipun ๐Ÿ˜Ž

"Tidaklah seorang mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya."( HR. Bukhari Muslim ).


"Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (QS. Luqman(31) :12).

Seseorang diharapkan untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagai rasa syukurnya. ✨

Orang-orang yang tidak melihat semua kenikmatan yang mereka terima, dengan demikian telah mengingkari nikmat (kufur). ๐Ÿ˜ฃ

Mereka baru mahu bersyukur apabila semua kenikmatan telah diragut dari padanya. Contoh yang mudah adalah kesihatan yang tidak pernah diakui sebagai nikmat baru akan disedari dan mensyukuri setelah sakit.๐Ÿ˜ท

Marilah sahabat semuanya kita sejenak meluangkan waktu untuk bermuhasabah, bagaimana kita memanfaatkan atas nikmat Iman, nikmat Islam, nikmat sehat, nikmat kelapangan waktu yang kita dapatkan selama ini. ๐Ÿ’ญ

Persahabatan


Bismillahirrahmanirrahim. In shaa Allah malam ni syila nak sampaikan tentang "Persahabatan"


Rasanya dekat sini semua ada sahabat masing2 kan? Kalian tahu atau tidak erti "Persahabatan" yg sebenar? Dan mcm mana seorg Sahabat yg baik? Okay, syila nak bgtahu ni. Pay attention people!

Persahabatan adalah istilah yg digunakan utk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong menolong antara dua atau lebih org. Mcm yg kita selalu buat dlm Usrah Santai ni la ๐Ÿ˜„
Sahabat yg baik tu pula adalah seseorang yang apabila kalian melihat wajahnya, kalian teringat akan Allah dan mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama kita :')         
Okay, siapa sahabat baik anda yg terlintas difikiran sekarang ni? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š mesti ada en en en ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sabda Rasulullah ๏ทบ yang maksudnya, "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah dia dengan nama yg paling disenanginya" (HR Al-Tabrani)
Baik, berdasarkan hadis diatas, syila nak share tentang ciri-ciri seorang sahabat yg baik. Kalian rasa kalian sahabat yg baik? Atau sahabat kalian itu baik? Jom kita check kita/sahabat kalian ada ciri-ciri ni takkkkkk ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

 Menurut pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah ๏ทบ) kepada anaknya;
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti..


๐Ÿ "Pilihlah sahabat yg suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita. Dan jika dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan"  
       
Contoh, syila rasa kat sini mesti kebanyakannya protective akan sahabat masing2 bukan? ๐Ÿ˜Š sikap suka melindungilah tu. Dan apabila sahabat kita memerlukan bantuan tk cukup duit ke apa, mesti kita cuba juga utk tolong jugakan? Alhamdulillah. Satu ciri, kalian dah ada ๐Ÿ‘


: ๐Ÿ "Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yg ada pada dirimu, dia suka menyebutnya. Dan jika dia mengetahui mengenai keburukanmu, ia suka menutupinya"

Senang kata, spread all the good things. Mungkin apabila kita menyebut tentang kebaikan sahabat kita, org lain juga akan melakukan kebaikan yg sama. Dan tutuplah sebarang aib sahabat kita tu. Haa tak baik tau hampa dok sebaq aib orangg ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


๐Ÿ "Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu"

Apa salahnya bila kalian perasan sahabat kalian macam pelik sikit haritu, kalian tanyalah "Beb, kau okay tak?" atau "Weh teh ni tawar. Cuba kau senyum sikit,  mungkin lebih manis." Ha gituwww. Tak salahlah sekali sekala jadi sweet talker jap utk sahabat kecintaan kalian tu :)


 ๐Ÿ  "Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."

 Allah berfirman dlm surah Al-Hujurat ayat 10 yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Baik, siapa kat sini yg pernah/sedang berselisih faham dgn sahabat masing-masing? Based on ayat yg syila share tadi, obviously la boleh nampakkan yg kalian sebaiknya cepat-cepatlah berdamai, jgn gaduh-gaduh ehh. Tapii persoalan skrg, mcm mana nak berdamai? Ha in shaa Allah syila akan share kat sini ๐Ÿ˜Š


 Okayyy firstly sahabat sahabat syurga sekalian...

๐Ÿ•  Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda: Musa bin Imran pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang-orang yang paling mulia pada pandanganmu?" Lalu Allah swt menjawab; "Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam" (HR Baihaqi)                        
Haaaaa sooo kalian taknak ke dipandang mulia disisi Allah swt? Senyum senyum ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Berilah maaf. Tak salah pun. Mhmm tak rindu ke sahabat anda tu bergaduh lama-lama? Tepuk dada tanya hati suruh hati tepuk tepuk iman tu hehe


 ๐Ÿ•  Cuba untuk bicara hati ke hati. Try ambil satu masa utk slowtalk dengan sahabat anda tu ✌ Secara bertolak ansur dan matang, masing-masing utarakan apa ketidakpuasan yg dok simpan dlm hati tu. Berbicaralah menurut pertimbangan akal yg waras, sopan santun, lembut dan lunak serta elakkan drpd bercakap kasar. Berkata kata selembut mungkin ye. Dan jangan lupa untuk menerima ketidakpuasan hatinya secara terbuka juga okay?


 ๐Ÿ•  Andai kata tak berkesan juga, cuba berikan sahabat anda sedikit masa. Mungkin hatinya tengah serabut memikirkan permasalahan yg dihadapinya. Siapa tahu kan? Bersangka baik sahajalah :) Cuba bertolak ansur dan jgn terlalu memaksa, sebaliknya cuba fahami keadaannya. In shaa Allah, tak hilanglah sahabat anda itu andai kalian meletakkan ukhuwah yg dibina itu diatas niat kerana Allah swt ๐Ÿ’•

Hak Hak Wanita Dalam Islam



 bismillahirrahmanirrahim.
usrah kali ni tajuk ''Hak-hak wanita dalam Islam''

Sesungguhnya Islam menempatkan wanita pada posisi yang tinggi dan sejajar dgn lelaki. Namun dalam beberapa hal ada yang harus berbeza, krana lelaki dan wanita hakikatnya adalah makhluk yang berbeza. Kesalahan dalam memahami ajaran yang benar inilah yang menjadikan Islam kerap dituding sebagai agama yang menempatkan wanita sebagai “warga kelas dua.” Benarkah? Semak kupasannya!

Suatu hal yang tidak kita sangsikan bahwa Islam demikian memuliakan wanita, dari semula makhluk yang tiada berharga di hadapan “peradaban manusia”, diinjak-injak kehormatan dan harga dirinya, kemudian diangkat oleh Islam ditempatkan pada tempat yang semestinya dijaga, dihargai, dan dimuliakan. Segala puji bagi Allah l yang telah memberikan banyak kebaikan kepada hamba-hamba-Nya.

Keterangan ringkas yang akan dibawakan, sedikitnya akan memberikan gambaran bagaimana Islam menjaga hak-hak kaum wanita, sejak mereka dilahirkan ke muka bumi, dibesarkan di tengah keluarganya sampai dewasa beralih ke perwalian sang suami.

1. Pada zaman kanak kanak
Di masa jahiliah tersebar di kalangan bangsa Arab khususnya, kebiasaan menguburkan anak perempuan hidup hidup krana keengganan mereka memelihara anak perempuan. Lalu datanglah Islam mengharamkan perbuatan tersebut dan menuntut manusia untuk berbuat baik kepada anak perempuan serta menjaganya dengan baik. Ganjaran yang besar pun dijanjikan bagi yang ingin melaksanakannya. Rasulullah SAW dalam sabdaNya:

ู…َู†ْ ุนَุงู„َ ุฌَุงุฑِูŠَุชَูŠْู†ِ ุญَุชَّู‰ ุชَุจْู„ُุบَุง ุฌَุงุกَ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ุฃَู†َุง ูˆَู‡ُูˆَ (ูˆَุถَู…َّ ุฃَุตَุงุจِุนَู‡ُ)

“Siapa yang memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh maka orang tersebut akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia seperti dua jari ini.” . Beliau menggabungkan jari jemarinya. (HR. Muslim no. 6638 dari Anas bin Malik r.a)

Aisyah r.ha berkisah: “Datang ke rumahku seorang wanita peminta minta beserta dua putrinya. Namun aku tidak memiliki apa apa yang dapat ku sedekahkan kepada mereka kecuali hanya sebutir kurma. Wanita tersebut menerima kurma pemberianku lalu dibaginya untuk kedua putrinya, sementara ia sendiri tidak memakannya. Kemudian wanita itu berdiri dan keluar dari rumahku. Tak berapa lama masuklah Rasulullah SAW. Ku ceritakan hal tersebut kepada beliau. Usai mendengar penuturanku beliau bersabda:

ู…َู†ِ ุงุจْุชُู„ِูŠَ ู…ِู†ْ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ْุจَู†َุงุชِ ุจِุดَูŠْุกٍ ูَุฃَุญْุณَู†َ ุฅِู„َูŠْู‡ِู†َّ ูƒُู†َّ ู„َู‡ُ ุณِุชْุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑِ

“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak anak perempuannya lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang/penutup baginya dari api neraka.” (HR. ِAl-Bukhari no. 1418 dan Muslim no. 6636)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah dalam penjelasan atas hadits di atas: “Rasulullah SAW menyebutnya dengan ujian (ibtila`), karena manusia biasanya tidak menyukai anak perempuan (lebih memilih anak lelaki), sebagaimana Allah ta’ala berfirman tentang kebiasaan orang orang jahiliah:

ูˆَุฅِุฐَุง ุจُุดِّุฑَ ุฃَุญَุฏُู‡ُู…ْ ุจِุงْู„ุฃُู†ْุซَู‰ ุธَู„َّ ูˆَุฌْู‡ُู‡ُ ู…ُุณْูˆَุฏًّุง ูˆَู‡ُูˆَ ูƒَุธِูŠْู…ٌ. ูŠَุชَูˆَุงุฑَู‰ ู…ِู†َ ุงู„ْู‚َูˆْู…ِ ู…ِู†ْ ุณُูˆْุกِ ู…َุง ุจُุดِّุฑَ ุจِู‡ِ ุฃَูŠُู…ْุณِูƒُู‡ُ ุนَู„َู‰ ู‡ُูˆْู†ٍ ุฃَู…ْ ูŠَุฏُุณُّู‡ُ ูِูŠ ุงู„ุชُّุฑَุงุจِ ุฃَู„ุงَ ุณุงَุกَ ู…َุง ูŠَุญْูƒُู…ُูˆْู†َ

“Apabila salah seorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, menjadi merah padamlah wajahnya dalam keadaan ia menahan amarah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak krana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Ia berfikir) apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya hidup hidup di dalam tanah? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (An-Nahl: 58-59)

Hadis hadis  yang telah disebutkan di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak perempuan, memberikan nafkah kepada mereka dan bersabar memelihara mereka. (Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 16/395)

Islam mewajibkan kepada seorang ayah untuk menjaga anak perempuannya, memberi nafkah kepadanya sampai ia menikah dan memberikan kepadanya bahagian dari harta warisan.

2. Dalam masalah pernikahan
Wanita diberi hak untuk menentukan pendamping hidupnya dan diperkenankan menolak calon suami yang diajukan orang tua atau kerabatnya bila tidak menyukainya. Beberapa hadis di bawah ini menjadi bukti:

Rasulullah SAW bersabda:

ู„ุงَ ุชُู†ْูƒَุญُ ุงْู„ุฃَูŠِّู…ُ ุญَุชَّู‰ ุชُุณْุชَุฃْู…َุฑَ ูˆَู„ุงَ ุชُู†ْูƒَุญُ ุงู„ْุจِูƒْุฑُ ุญَุชَّู‰ ุชُุณْุชَุฃْุฐَู†َ. ู‚َุงู„ُูˆْุง: ูŠَุง ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَูƒَูŠْูَ ุฅِุฐْู†ُู‡َุง؟ ู‚َุงู„َ: ุฃَู†ْ ุชَุณْูƒُุชَ

“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” 

Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” .

“Izinnya adalah dengan ia diam”,  jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 3458 dari Abu Hurairah r.a)

Aisyah r.ha berkata:

ูŠَุง ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ، ุฅِู†َّ ุงู„ْุจِูƒْุฑَ ุชَุณْุชَุญِูŠ. ู‚ุงَู„َ: ุฑِุถَุงู‡َุง ุตَู…ْุชُู‡َุง

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang gadis itu malu (untuk menjawab bila dimintai izinnya dalam masalah pernikahan).” 

Beliau menjelaskan, “Tanda redhanya gadis itu (untuk dinikahkan) adalah diamnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5137)

Khansa bintu Khidam Al-Anshariyyah mengabarkan, ayahnya menikahkannya dengan seorang lelaki ketika ia menjanda. Namun ia menolak pernikahan tersebut. Ia adukan perkaranya kepada Nabi SAW hingga akhirnya beliau membatalkan pernikahannya. (HR. Al-Bukhari no. 5138)

Hadis di atas diberi judul oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya: Bab Apabila seseorang menikahkan putrinya sementara putrinya tidak suka maka pernikahan itu tertolak.

Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash-Shiddiq menceritakan, salah seorang putri Ja’far merasa khawatir walinya akan menikahkannya secara paksa. Maka ia mengutus orang untuk mengadukan hal tersebut kepada dua syaikh dari kalangan Anshar, ‘Abdurrahman dan Majma’, keduanya adalah putra Yazid bin Jariyah. Keduanya berkata, “Janganlah kalian khawatir, karena ketika Khansa` bintu Khidam dinikahkan ayahnya dalam keadaan ia tidak suka, Nabi SAW menolak pernikahan tersebut.” (HR. Al-Bukhari no. 6969)

Buraidah ibnul Hushaib mengabarkan:

ุฌَุงุกَุชْ ูَุชَู€ุงุฉٌ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„ู‰َّ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَู‚ุงَู„َุชْ: ุฅِู†َّ ุฃَุจِูŠ ุฒَูˆَّุฌَู†ِูŠ ุงุจْู†َ ุฃَุฎِูŠْู‡ِ ู„ِูŠَุฑْูَุนَ ุจِูŠ ุฎَุณِูŠْุณَุชَู‡ُ. ู‚َุงู„َ: ูَุฌَุนَู„َ ุงْู„ุฃَู…ْุฑَ ุฅِู„َูŠْู‡َุง، ูَู‚َุงู„َุชْ: ู‚َุฏْ ุฃَุฌَุฒْุชُ ู…َุง ุตَู†َุนَ ุฃَุจِูŠ، ูˆَู„َูƒِู†ْ ุฃَุฑَุฏْุชُ ุฃَู†ْ ุชَุนْู„َู…َ ุงู„ู†ِّุณَุงุกُ ุฃَู†ْ ู„َูŠْุณَ ู„ِู„ْุขุจَุงุกِ ู…ِู†َ ุงْู„ุฃَู…ْุฑِ ุดَูŠْุกٌ

“Pernah datang seorang wanita muda menemui Rasulullah SAW dalam rangka mengadu, ‘Ayahku menikahkanku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaan yang ada padanya dengan pernikahanku tersebut’, ujarnya. Nabi SAW menyerahkan keputusan padanya (apakah meneruskan pernikahan tersebut atau membatalkannya). Si wanita berkata, ‘Aku membolehkan ayah untuk melakukannya. Hanya saja aku ingin para wanita tahu bahawa ayah mereka tidak memiliki urusan sedikit pun dalam memutuskan perkara seperti ini’.” (HR. Ibnu Majah no. 1874, kata Syaikh Muqbil bin Hadit dalam Al-Jami’ush Shahih (3/64), “Hadits ini shahih menurut syarat Al-Imam Muslim.”)

Islam memberikan hak seperti ini kepada wanita krana Allah menjadikan wanita sebagai penenang bagi suaminya dan Allah menjadikan kehidupan suami istri ditegakkan di atas mawaddah wa rahmah. Maka bagaimana akan terwujud makna yang tinggi ini apabila seorang gadis diambil secara paksa sebagai isteri sementara ia dalam keadaan tidak suka? Lalu bila demikian keadaannya, sampai bila pernikahan itu akan bertahan dengan tenang dan tenteram?
Islam menetapkan kepada seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita agar memberikan mahar pernikahan kepada si wanita. Dan mahar itu nantinya adalah hak si wanita, tidak boleh diambil sedikitpun kecuali dengan keredhaannya.

ูˆَุขุชُูˆุง ุงู„ู†ِّุณَุงุกَ ุตَุฏُู‚َุงุชِู‡ِู†َّ ู†ِุญْู„َุฉً ูَุฅِู†ْ ุทِุจْู†َ ู„َูƒُู…ْ ุนَู†ْ ุดَูŠْุกٍ ู…ِู†ْู‡ُ ู†َูْุณًุง ูَูƒُู„ُูˆู‡ُ ู‡َู†ِูŠุฆًุง ู…َุฑِูŠุฆًุง

“Berikanlah mahar kepada para wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian dengan senang hati sebahagian dari mahar tersebut, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

Al-Imam Al-Qurthubi berkata, “Ayat ini menunjukkan wajibnya pemberian mahar kepada wanita yang dinikahi. Ulama menyepakati hal ini tanpa ada perbedaan pendapat.” (Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, 5/17)

3. Sebagai Seorang Ibu

Islam memuliakan wanita semasa kecilnya, ketika remajanya dan saat ia menjadi seorang ibu. Allah mewajibkan seorang anak untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, ayah dan ibu. Allah titahkan hal ini dalam TanzilNya setelah mewajibkan ibadah hanya kepadaNya:

ูˆَู‚َุถَู‰ ุฑَุจُّูƒَ ุฃَู„ุงَّ ุชَุนْุจُุฏُูˆุง ุฅِู„ุงَّ ุฅِูŠَّุงู‡ُ ูˆَุจِุงู„ْูˆَุงู„ِุฏَูŠْู†ِ ุฅِุญْุณَุงู†ًุง ุฅِู…َّุง ูŠَุจْู„ُุบَู†َّ ุนِู†ْุฏَูƒَ ุงู„ْูƒِุจَุฑَ ุฃَุญَุฏُู‡ُู…َุง ุฃَูˆْ ูƒِู„ุงَู‡ُู…َุง ูَู„ุงَ ุชَู‚ُู„ْ ู„َู‡ُู…َุง ุฃُูٍّ ูˆَู„ุงَ ุชَู†ْู‡َุฑْู‡ُู…َุง ูˆَู‚ُู„ْ ู„َู‡ُู…َุง ู‚َูˆْู„ุงً ูƒَุฑِูŠู…ًุง. ูˆَุงุฎْูِุถْ ู„َู‡ُู…َุง ุฌَู†َุงุญَ ุงู„ุฐُّู„ِّ ู…ِู†َ ุงู„ุฑَّุญْู…َุฉِ ูˆَู‚ُู„ْ ุฑَุจِّ ุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠ ุตَุบِูŠุฑًุง

“Rabbmu telah menetapkan agar janganlah kalian beribadah kecuali hanya kepadaNya dan hendaklah kalian berbuat baik terhadap kedua orang tua. Apabila salah seorang dari keduanya atau kedua duanya menginjak usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘AH’ dan jangan membentak keduanya namun ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, ucapkanlah doa, “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.” (Al-Isra`: 23-24)

Allah juga berfirman:

ูˆَูˆَุตَّูŠْู†َุง ุงْู„ุฅِู†ْุณَุงู†َ ุจِูˆَุงู„ِุฏَูŠْู‡ِ ุฅِุญْุณَุงู†ًุง ุญَู…َู„َุชْู‡ُ ุฃُู…ُّู‡ُ ูƒُุฑْู‡ًุง ูˆَูˆَุถَุนَุชْู‡ُ ูƒُุฑْู‡ًุง ูˆَุญَู…ْู„ُู‡ُ ูˆَูِุตَุงู„ُู‡ُ ุซَู„ุงَุซُูˆู†َ ุดَู‡ْุฑًุง

“Dan Kami telah mewasiatkan manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandung sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan…” (Al-Ahqaf: 15)

Ketika shahabat yang mulia, Abdullah bin Mas’ud r.abertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

ุฃَูŠُّ ุงู„ْุนَู…َู„ِ ุฃَุญَุจُّ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ؟ ู‚َุงู„َ: ุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ุนَู„َู‰ ูˆَู‚ْุชِู‡َุง. ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ุฃَูŠُّ؟ ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ุจِุฑُّ ุงู„ْูˆَุงู„ِุฏَูŠْู†ِ…

“Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Rasulullah SAW menjawab, “Solat pada waktunya.” “Kemudian apa setelah itu?” tanya ‘Abdullah lagi. Kata beliau, “Kemudian birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua)….” (HR. Al-Bukhari no. 504 dan Muslim no. 248)

Kata Abu Hurairah r.a-seorang sahabat Rasul yang sangat berbakti kepada ibundanya-, “Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW:

ูŠَุง ุฑَุณُูˆْู„َ ุงู„ู„ู‡ِ، ู…َู†ْ ุฃَุญَู‚ُّ ุงู„ู†َّุงุณِ ุจِุญُุณْู†ِ ุตَุญَุงุจَุชِูŠ؟ ู‚َุงู„َ: ุฃُู…ُّูƒَ. ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ู…َู†ْ؟ ู‚َุงู„َ: ุฃُู…ُّูƒَ. ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ู…َู†ْ؟ ู‚َุงู„َ: ุฃُู…ُّูƒَ. ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ู…َู†ْ؟ ู‚َุงู„َ: ุซُู…َّ ุฃَุจُูˆูƒَ

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” 
Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. 
“Ibumu,” jawab beliau. 
Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?”.
“Ibumu.” 
“Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. 
“Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

Hadis di atas menunjukkan pada kita bahawa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya. Hal itu disebabkan seorang ibulah yang merasakan kepayahan mengandung, melahirkan, dan menyusui. Ibulah yang bersendiri merasakan dan menanggung ketiga perkara tersebut, kemudian nanti dalam hal mendidik baru seorang ayah ikut andil di dalamnya. Demikian dinyatakan Ibnu Baththal sebagaimana dinukil oleh Al-Hafidz. (Fathul Bari, 10/493)

Islam mengharamkan seorang anak berbuat derhaka kepada ibunya sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda beliau:

ุฅِู†َّ ุงู„ู„ู‡َ ุญَุฑَّู…َ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุนُู‚ُูˆْู‚َ ุงْู„ุฃُู…َّู‡َุงุชِ…

“Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian berbuat derhaka kepada para ibu…” (HR. Al-Bukhari no. 5975 dan Muslim no. 593)

Al-Hafizh menerangkan, “Dikhususkan penyebutan para ibu dalam hadis ini krana perbuatan derhaka kepada mereka lebih cepat terjadi daripada perbuatan durhaka kepada ayah disebabkan kelemahan mereka sebagai wanita. Dan juga untuk memberikan peringatan bahwa berbuat baik kepada seorang ibu dengan memberikan kelembutan, kasih sayang dan semisalnya lebih didahulukan daripada kepada ayah.” (Fathul Bari, 5/86)

Sampai pun seorang ibu yang masih musyrik ataupun kafir, tetap diwajibkan seorang anak berbuat baik kepadanya. Hal ini ditunjukkan dalam hadis Asma` bintu Abi Bakr r.ha. Ia berkisah: “Ibuku yang masih musyrik datang mengunjungiku bertepatan saat terjalinnya perjanjian antara Quraisy dengan Rasulullah SAW. Aku pun bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ibuku datang berkunjung dan memintaku untuk berbuat baik kepadanya. Apakah aku boleh menyambung hubungan dengannya?”.
Beliau menjawab, “Ya, sambunglah hubungan dengan ibumu.” (HR. Al-Bukhari no. 5979)

4. Sebagai Isteri

Allah memerintahkan seorang suami agar bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik.

ูˆَุนَุงุดِุฑُูˆْู‡ُู†َّ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆْูِ

“Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik.” (An-Nisa`: 19)

“Ayat Allah l ูˆَุนَุงุดِุฑُูˆْู‡ُู†َّ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆْูِ meliputi pergaulan dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Krana itu, sepantasnya seorang suami mempergauli isterinya dengan cara yang ma’ruf, menemani, dan menyertai (hari hari bersamanya) dengan baik, menahan gangguan terhadapnya (tidak menyakitinya), mencurahkan kebaikan dan memperbagus hubungan dengannya. Termasuk dalam hal ini pemberian nafkah, pakaian, dan semisalnya. Dan tentunya pemenuhannya berbeza beza sesuai dengan perbedaan keadaan.” (Taisir Al-Karimirir Rahman, hal. 172)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada para suami:
ู„ุงَ ุชَุถْุฑِุจُูˆุง ุฅِู…َุงุกَ ุงู„ู„ู‡ِ

“Janganlah kalian memukul hamba hamba perempuan Allah.”
‘Umar ibnul Khaththab r.a datang mengadu, “Wahai Rasulullah, para isteri berbuat derhaka kepada suami suami mereka.”.
Mendengar hal itu, Rasulullah SAW memberi keringanan untuk memukul isteri bila berbuat derhaka. Selang beberapa waktu datanglah para wanita dalam jumlah yang banyak menemui isteri isteri Rasulullah SAW untuk mengadukan perbuatan suami mereka. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah SAW bersabda:

ู„َูŠْุณَ ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ุจِุฎِูŠَุงุฑِูƒُู…ْ

“Mereka itu bukanlah orang yang terbaik di antara kalian.” (HR. Abu Dawud no. 2145)

Beliau SAW juga pernah bersabda:

ุฃَูƒْู…َู„ُ ุงู„ู…ُุคْู…ِู†ِูŠْู†َ ุฅِูŠْู…َุงู†ًุง ุฃَุญْุณَู†ُู‡ُู…ْ ุฎُู„ُู‚ًุง، ูˆَุฎِูŠَุงุฑُูƒُู…ْ ุฎِูŠَุงุฑُูƒُู…ْ ู„ِู†َุณَุงุฆِู‡ِู…ْ

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri isterinya.” (HR. Ahmad 2/527, At-Tirmidzi no. 1172. Dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil t dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/336-337)

Banyak hak yang diberikan Islam kepada isteri, seperti suami dituntut untuk bergaul dengan baik terhadap isterinya, ia berhak memperoleh nafkah, pengajaran, penjagaan dan perlindungan, yang ini semua tidak didapatkan oleh para istsri di luar agama Islam.

Bila sudah demikian penjagaan Islam terhadap hak wanita dan pemuliaan Islam terhadap kaum wanita jelas sangat tinggi.

Wallahul musta’an.