Monday, 21 September 2015

Persahabatan


Bismillahirrahmanirrahim. In shaa Allah malam ni syila nak sampaikan tentang "Persahabatan"


Rasanya dekat sini semua ada sahabat masing2 kan? Kalian tahu atau tidak erti "Persahabatan" yg sebenar? Dan mcm mana seorg Sahabat yg baik? Okay, syila nak bgtahu ni. Pay attention people!

Persahabatan adalah istilah yg digunakan utk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong menolong antara dua atau lebih org. Mcm yg kita selalu buat dlm Usrah Santai ni la 😄
Sahabat yg baik tu pula adalah seseorang yang apabila kalian melihat wajahnya, kalian teringat akan Allah dan mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama kita :')         
Okay, siapa sahabat baik anda yg terlintas difikiran sekarang ni? 😊😊 mesti ada en en en 😏😏

Sabda Rasulullah ﷺ yang maksudnya, "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah dia dengan nama yg paling disenanginya" (HR Al-Tabrani)
Baik, berdasarkan hadis diatas, syila nak share tentang ciri-ciri seorang sahabat yg baik. Kalian rasa kalian sahabat yg baik? Atau sahabat kalian itu baik? Jom kita check kita/sahabat kalian ada ciri-ciri ni takkkkkk 👇👇👇👇

 Menurut pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah ﷺ) kepada anaknya;
"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti..


🍝 "Pilihlah sahabat yg suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita. Dan jika dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan"  
       
Contoh, syila rasa kat sini mesti kebanyakannya protective akan sahabat masing2 bukan? 😊 sikap suka melindungilah tu. Dan apabila sahabat kita memerlukan bantuan tk cukup duit ke apa, mesti kita cuba juga utk tolong jugakan? Alhamdulillah. Satu ciri, kalian dah ada 👍


: 🍝 "Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yg ada pada dirimu, dia suka menyebutnya. Dan jika dia mengetahui mengenai keburukanmu, ia suka menutupinya"

Senang kata, spread all the good things. Mungkin apabila kita menyebut tentang kebaikan sahabat kita, org lain juga akan melakukan kebaikan yg sama. Dan tutuplah sebarang aib sahabat kita tu. Haa tak baik tau hampa dok sebaq aib orangg 😊😊


🍝 "Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu"

Apa salahnya bila kalian perasan sahabat kalian macam pelik sikit haritu, kalian tanyalah "Beb, kau okay tak?" atau "Weh teh ni tawar. Cuba kau senyum sikit,  mungkin lebih manis." Ha gituwww. Tak salahlah sekali sekala jadi sweet talker jap utk sahabat kecintaan kalian tu :)


 🍝  "Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."

 Allah berfirman dlm surah Al-Hujurat ayat 10 yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Baik, siapa kat sini yg pernah/sedang berselisih faham dgn sahabat masing-masing? Based on ayat yg syila share tadi, obviously la boleh nampakkan yg kalian sebaiknya cepat-cepatlah berdamai, jgn gaduh-gaduh ehh. Tapii persoalan skrg, mcm mana nak berdamai? Ha in shaa Allah syila akan share kat sini 😊


 Okayyy firstly sahabat sahabat syurga sekalian...

🍕  Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Musa bin Imran pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang-orang yang paling mulia pada pandanganmu?" Lalu Allah swt menjawab; "Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam" (HR Baihaqi)                        
Haaaaa sooo kalian taknak ke dipandang mulia disisi Allah swt? Senyum senyum 😊😊 Berilah maaf. Tak salah pun. Mhmm tak rindu ke sahabat anda tu bergaduh lama-lama? Tepuk dada tanya hati suruh hati tepuk tepuk iman tu hehe


 🍕  Cuba untuk bicara hati ke hati. Try ambil satu masa utk slowtalk dengan sahabat anda tu ✌ Secara bertolak ansur dan matang, masing-masing utarakan apa ketidakpuasan yg dok simpan dlm hati tu. Berbicaralah menurut pertimbangan akal yg waras, sopan santun, lembut dan lunak serta elakkan drpd bercakap kasar. Berkata kata selembut mungkin ye. Dan jangan lupa untuk menerima ketidakpuasan hatinya secara terbuka juga okay?


 🍕  Andai kata tak berkesan juga, cuba berikan sahabat anda sedikit masa. Mungkin hatinya tengah serabut memikirkan permasalahan yg dihadapinya. Siapa tahu kan? Bersangka baik sahajalah :) Cuba bertolak ansur dan jgn terlalu memaksa, sebaliknya cuba fahami keadaannya. In shaa Allah, tak hilanglah sahabat anda itu andai kalian meletakkan ukhuwah yg dibina itu diatas niat kerana Allah swt 💕

1 comment: