Saturday 26 September 2015

MISTERI KEMATIAN



Assalamualaikum wbt . selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW . mari lah kita sedekahkan al-Fatihah kepada ahli keluarga kita serta saudara-saudara sesama islam yang mana telah meninggalkan kita atau yang masih hidup


Tajuk usrah pada malam ini ialah Misteri Kematian

MALAIKAT MAUT berhenti di muka pintu rumah kita setiap 5 kali sehari .

setiap yg HIDUP pasti akan merasai MATI

takutnyaa malaikat asyk tengok kita . lagi takut bila saat dia melihat kita tengah leka dengan dosa . lagi MENAKUTKAN bila ajal kita sudah tiba . dan saat tu kita belum bersedia

tahu tak sebelum kita meninggal Allah SWT telah mengutuskan utusan kematian kpd kita . yang mana ia berbentuk penyakit , tua , kurang pendengaran , kabur penglihatan , uban dan banyak lagi contohnya .

bila kita sudah di saat hampir mati , saat itu juga kita akan terputus hubungan dengan orang di sekeliling .

Dalam hadis yg diriwayatkan Ibnu Majah :

"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW , bilakah terputusnya seseorang manusia daripada mengetahui tentang orang yang di sekitarnya?"

lantas Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila dia melihat sesuatu yang tertentu"

Para ulama menghuraikan maksud "melihat akan yang tertentu" ialah melihat Malaikat Maut atau malaikat-malaikat yang lain .

dan bila dah sampai ke saat tu , semua peluang utk beramal dan bertaubat sudah trhapus utk seseorang itu


yang tak pernah dengar . jannah nak terangkan sikit GHARGHARAH .

takkala roh telah sampai ke halkum . pd saat ini , kita akan nampak sesuatu yg x pernah dilihat dgn mata kasar kita spanjang hidup kita .

kita akan dpt lihat untung nasib yang menggembirakan atau sebaliknya iaitu kenikmatan atau azab yg trsedia utknya .

bila dah smpai ke tahap ni , kita nak taubat pun x guna lagi dh . sbb tu pintu taubat sentiasa trbuka kpd kita spnjang hayat kita . jgn fkir kita ni banyak dosa kita x layak nak taubat .

Allah SWT ada berfirman :-

"Demi ketinggian dan kebesaran-Ku , Aku tidak akan menghalang taubat anak Adam selagi belum sampai ke tahap ghargharah (nyawa sampi ke halkum)"

okay selalunya bila ada saudara-saudara kita yang sedang nazak . mesti kita akan pergi melawat . betul tak ?

tapi apakah tindakan yang kita ambil apabila melihat orang itu hampir mati ?

adakah kita membiarkan sahaja , sekadar melihat situasi yang semua khuatirkan ?

tindakan apa yang anda anda dan anda ambil ?


sebenarnya tindakan kita yang sepatutnya ialah mengajar mereka Kalimah SYAHADAH .

semua tahu tak yang bila kita mengajar mereka mengucap tu Sunnah Nabi SAW ?

tapi jangan pulak kita ajar dia banyak kali kalau dia dah sebut kalimah tu sekali . takut nnt apabila didesak , dia akan buntu dan ketika itu syaitan memberatkannya drp mnyebut kmbali dan akhirnya nnt dia akn mendpt kesudahan yg buruk .

bila kesudahan kita buruk maka kita tidak akan mendapat rahmat Allah SWT .

dan sebaliknya bila kita mati dlm keadaan yg baik maka kita akn mendpt rahmat drp Allah SWT .

RAHMAT yg di beri akan terusir syaitan-syaitan dan menyapu kelesuan drp wjah lantas org itu pun trsenyum .

inilah yg kita nampak org-org yg meninggalkan kita dgn pelbagai rupa .

kita mesti pernah lihat orang yang d sekeliling kita meninggal dan sewaktu menguruskan jenazah lancar je . mcm tiada halangan ?

tu tanda mudahnya perjalanan jenazah nnt syg syg semua

jika amalan kita di dunia baik maka bila di tarik roh drp jasadnya umpama keluar peluh drp bdan . senangkan ?

apalagi moh kita lumba utk mencri keredhoan drp Allah SWT

ada azab kubur sementara dan azab kubur yang kekal . dan ada juga nikmat kubur bagi org-org yg SOLEH iaitu banyak beramal

malah Rasulullah juga pernah merasakan sakit sakaratulmaut . tapi baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat . bayangkan pula kita ni yang kdang leka dlm gelumang dosa .


kematian sungguh menyakitkan tahu tak . lagi sakit kalau kita tak ckup bwak bekalan utk kematian . Allahu

awk awk dan awk tahu tak . ni belum masuk ke dlm liang lahad dan di tanya dengan pelbagai soalan drp Malaikat Munkar dan Nakir .

seksaan kubur jika spanjang hayat kita kita buat keburukan . Astaghfirullah . bila kita akan trsedar jika kita asyk leka keduniaan ?

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata , "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."(nescaya kamu akan merasa sangat ngeri)

al-anfal : 50


















No comments:

Post a Comment