Sunday, 30 August 2015

Gurauan Halal


Topik hangat kita malam ni πŸ‘‡
πŸ˜† Gurau-Gurau juga Tapi Jangan Sampai Berdosa πŸ˜†

🎎 Hidup tanpa gurauan umpama tubuh tanpa roh.
Maka, setiap manusia memerlukan ketawa dan senyuman πŸ˜„
Kerana ? Gurauan akan menerbitan senyuman dalam menceriakan sesebuah perhubungan πŸ˜ƒ Ecewahh πŸ˜‚

Haaaa ! 😨
Hihi, manakala hidup tanpa gurauan boleh diumpamakan masakan tanpa garam πŸ˜– yekkk, Tawarrr 😀
Sbb ? Hilang rasa keenakkaan dan daya tarikan πŸ˜•

Sayyidina Ali r.a pernah berkata :
'Masukkan gurauan dalam kata kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan'
Ya ! Gurauan itu perlu tetapi dalam kuantiti yang sedikit, tidak boleh berlebih lebihan yaaa πŸ‘Ό

Imam al Ghazali dalam kitab Ilya' Ulumuddin meletakkan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Beliau berkata : 'Asalnya senda gurau itu tercela dan dilarang kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya'

πŸ’« Prinsip ini berdasarkan hadis Rasululullah s.a.w : 'Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu'

 Ya πŸ‘€ ! Bergurau senda tu dibenarkan tetapi jangan sampai melampau πŸ‘€

Kenapa?
Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Manakala, banyak ketawa akan mematikan hati, menjatuhkan maruah dan kehebatan diri serta timbulkan hasad dengki πŸ˜“

Opps. Itu baru mukadimah 😊

Next 😎

😝 Alaa, Gurau Gurau Ja 😝

Malangnya, senda gurau yang diamalkan dalam masyarakat Islam kini sudah jauh menyimpang.
πŸ˜€ Gurauan yang menjadi budaya masa kini terlalu banyak menyelitkan unsur unsur negatif seperti 'Merendah rendahkan orang lain' , 'lucah' , 'bohong' dan sebagainya...

πŸ˜” Ada kala, perkara serius pun dibawa bergurau !

Contohnya,
1⃣ Bergurau tentang hidup mati seseorang.
2⃣ Bergurau tentang kemalangan.
3⃣ Mengajuk ngajuk suara orang lain.
4⃣ Mengedit gambar orang lain.
5⃣ Meletakkan 'caption' berbaur fitnah pada gambar tersebut. Then, upload dilaman sosial 😭 Dibaca oleh jutaan orang sambil bergelak ketawa πŸ˜₯

Tidak rasa bersalahkah kita ?
Jangan ! Bergurau sedemikian.
Ia hanya menyakitkan perasaan orang yang menjadi mangsa gurauan, akibatnya boleh mendatangkan dosa 😞

Lalu bagaimana, kita nak minta maaf pada dia ?
Jadi !
Berfikirlah sebelum bergurau πŸ˜•

Tanya diri πŸ˜’gurau aku ini berpahala atau boleh dtgkn dosa ?

Sambungan πŸ‘‰πŸ‘ˆ

Rasulullah pun bergurau laa ? πŸ™†

Sungguh !
Rasulullah juga seorang yang suka dan gemar bergurau πŸ˜€
Atas sifatnya juga manusia, Baginda juga bergurau wahai sahabat sahabat ☺

Namun !
Sebagai seorang rasul, gurauannya sentiasa benar dan tidak bohong ✔

Nabi s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan selaian yang benar"
-Riwayat Al-Tarmizi-

♥ Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta tunggangan daripada Baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Rasulullah mendengar permintaan lelaki itu, Baginda berkata : "Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta"
Apabila lelaki itu mendengar kata kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Lalu, lelaki itu berkata,"Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta"? Kalau jamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah s.a.w berkata : 'Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta yang besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya. 😊😊😊

Ma syaa allah !
Begitulah senda gurau Rasulullah, menghiburkan tetapi masih dalam lingkungan kebenaran πŸ˜‰

Jangan berdusta hanya kerana mengharap orang ketawa. Rasulullah bersabda :
"Hina orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Hinalah dia. Hinalah dia"
-Hadis Riwayat Ahmad-

Pahala Dapat ✔ Hati Terhibur πŸ’–

Memang tak salah bergurau syg !
Tapi, biarlah gurauan kita berpahala. Tak salah menjadi kawan yang suka bergurau πŸ˜† tetapi biarlah gurauan tu mampu mengeratkan lg hubungan persahabatan ✊✊

Rasulullah juga berkawan dgn org yg suka bergurau πŸ‘€
Beliau ialah Nu'aiman Ibn Amru al-ansari,penduduk madinah dari Bani Najjar.
Dalam kalangan sahabat, Nu'aiman sgt terkenal sbg sahabat yg suka bergurau πŸ˜€

Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi Nu'aiman yg sdg sakit mata. Dia sdg asyik makan kurma.

Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya :
"Bolehkah kamu makan kurma sdgkan matamu sdg sakit"?
Nu'aiman menjawab :
"Saya makan menggunakan mata yg satu lagi"
Mendengar jawapan tersebut, Baginda tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya. 😊

Televisyan hari ni πŸ˜”
byk menyajikan program realiti yg berunsur komedi, jenaka dan ada juga yg mengenakan org lain !
Maka disitu kita perlu bijak memilih channel apa yang mahu kita lihat 😁
Berhati hati dgn ketawa kita. Mungkin ia berpahala namun dikhuatiri mengundang dosa

😍 Hebatnya Kesan Gurauan Rasulullah 😍

Sekali lagi, Ya! Tak salah nak bergurau πŸ˜€
Bergurau juga boleh mendatangkan pahala sekiranya kita bergurau perkara perkara yang benar dan menghiburkan org yg mendengarnya πŸ˜‚
Kerana itu !
Tirulah gaya Rasulullah bergurau.
Gurauan Rasulullah bukan setakat berpahala malah sgt dicintai oleh keluarga dan para sahabatnya πŸ‘¬πŸ‘¬πŸ‘¬πŸ‘¬

Sayidatina Aisyah r.h.a bercerita :
"Saya berlumba berjalan kaki dgn Nabi s.a.w dan saya berjaya mengalahkannya. Apabila badan saya bertambah gemuk, saya berlumba berjalan kaki dgn baginda pada masa yang lain dan Baginda mengalahkannya.
Baginda bersabda :
"Kemenangan ini adalah sebagai penebus kekalahan sebelum ini"
-Riwayat Abu Daud-

Hebat bukan ? ☺
Hanya dgn secebis gurauan Rasulullah, isterinya sudah terhibur lantas menceritakan kisah ini.

😌 Kerana itu, tidak perlu terlalu beria ria bergurau dgn prank call yang memalukan dihadapan org lain.

Tanya diri kembali ? πŸ˜•
Adakah kesan gurauan kita spt Rasulullah ?

Adakah org seronok dgn gurauan kita atau gurauan kita menyebabkan org lain menjauhkan hati dgn kita ? 😰

Renung-renungkan sahabat πŸ˜”

5⃣ Tip Gurau Berpahala.

Sebelum penutup usrah mlmni, yana nak kongsikan 5 Tip Gurau Berpahala 🎁

Eh, biar betul !
Sabar ye sahabatku ☺ jom kita baca sama sama~

πŸ™‡ Perkara Yang Benar πŸ™‡
Rasulullah sentiasa berkata benar. Kalau korg nak tahu, gurauan yg bersifat rekaan hal hal dusta tak dibenarkan dlm islam ❌

πŸ˜† Tidak Ketawa Melampau πŸ˜†
Ketawa merupakan salah satu terapi 😴
Korang boleh bayangkan tak kalau seharian kita tak gelak ? 😁
Muka serius je 😏😾
Sepanjang masa. Orang tgok pun takut πŸ‘€
Tetapi, Islam mendidik kita agar ketawa dgn tak melampau. Melampau macam mna ye ?
Haaaa πŸ˜ƒ seperti ketawa berdekah dekah shingga boleh menyakitkan hati org lain πŸ’”

Sayidatina Aisyah bercerita :
"Belum pernah aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak bahak sehingga kelihatan anak tekak baginda. Namun, Baginda cuma tersenyum 😊 "
-Riwayat Muslim-

Bukan mudah nak ubah kebiasaan !
Tetapi kita boleh ubah sikit demi sikit ☺
Dengan niat tawa kita juga ikut sunnah Rasulullah. Bukankah itu juga ibadah ? 😍

😜 Tidak Mempersendakan 😜
Sudah menjadi trend masa kini, gurauan melibatkan fizikal dan rupa paras seseorang πŸ˜”
Mungkin korang pernah menjadi mangsa gurauan cthnya gemuk dikatakan gajah 🐘, kurus spt papan 😠, hitam spt arang ! 😑

Gurauan macam ni boleh timbulkan pergaduhan !!
πŸ’† Moga kita tak termasuk dlm golongan org yg sering mempersendakan org lain. Allah pun da bg amaran πŸ™…

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak(lelaki) menghina dan merendahkan rendahkan puak lelaki yang lain kerana harus puak yang dihina itu lebih baik drpada mereka"
-Surah al hujurat 49:11-

πŸ‘œ Berkongsi Manfaat πŸ‘œ
Antara gurauan yg menarik bahkan boleh dtgkan pahala ialah gurauan ttg kebaikan atau fakta baharu πŸ“
Cthnya, korang boleh bergurau dgn sahabat berkenaan fakta "Tahukah anda, manusia hanya menggunakan 10% saje drpd otak mereka? Tapi 90% lagi jgn pula dibuang, tak cukup akal kita nanti " πŸ˜‚

😺 Jenaka begini scra tak langsung dpt kongsi informasi yg menarik bahkan ilmu yg baru 😺
Dan pastikan fakta tu tepat dan benar laa ye πŸ˜‡

πŸ”ͺ Tidak Memudaratkan πŸ”ͺ
Selain dari trend jadikan modal kelemahan bhn jenaka, gurauan bersifat kenakan org sudah menjadi kebiasaan !
Di tv, sebahagian intipatinya bertujuan tok kenakan org 😟
Contohnya, panggilan telefon yang mengundang tawa org lain, namun hakikatnya menjatuhkan maruah mangsa yang dikenakan prank tu 😑

Ok itu sahaja untuk usrah sambungan 😎 Gurau Gurau Juga Tapi Jangan Sampai Berdosa 😎

No comments:

Post a Comment