Saturday, 22 August 2015
QALBI
Bismillahirrahmannirrahim. Ya Allah, lapangkanlah untukku dadaku, dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku.
Hati.
Siapa saja yang tak punya hati?
Semua orang punya hati. hati yang pada asalnya bersih, putih, jernih. tiada sikit kesan kekotoran pun.
memang fitrahnya begitu. Pada saat kita lahir dan mula mengenal dunia ini, hati kita sangat suci. Baunya harum dan sentiasa mengagung-agungkan Sang Pencipta kita.
Namun.....
pemilik hati yang diamanahkan supaya memelihara dan menjaganya, terlupa pada hakikat ini. masa dan detik kian berlalu, kejernihan dan kebersihan hati itu mula berubah........
Keputihan mula luntur dan bintik-bintik kehitaman mula mewarnai permukaan hati tanpa disedari.
Saat ni, marilah sama-sama dengan penuh kerendahan hati dan ketundukan kepada Ilahi, kita hadapkan hati kita hanya kepada Dia, Pencipta kita.
Cuba kita ingat pada kata-kata oleh seorang tabi'in, Maimun bin Mahran.
"setiap kali insan melakukan suatu dosa, maka terbentuknya satu bintik hitam di hatinya. Namun, jika dia bertaubat kepada Allah, akan terhapus bintik hitam tersebut. Tapi jika dia tidak bertaubat sehingga membiarkan hatinya terus dalam dosa dan kemaksiatan, maka hati itu akan terus menghitam dan bertambah kekotorannya. dan, akhirnya menjadi keras, kaku dan terus mati."
Cuba kita renung sedalam-dalamnya, bagaimana hati kita?
Adakah hati kita ini bersih, jernih dan putih?
Ataupun hati kita ini kotor, hitam dan jijik untuk dipandang?
Pandanglah hati kita. jangan alihkan pandangan kita daripada melihat hati ini. lihatlah hati sedalam-dalamnya dengan penuh kasih sayang sebagai seorang hamba Allah....
Ya, hati kita terkesan dengan dosa-dosa dan maksiat-maksiat yang kita lakukan. padahal dosa-dosa yang dilakukan itulah yang membentuk satu bintik hitam di atas permukaan hati kita.....
Dosa kita terhadap Allah acap kali kita lakukan secara berulang-ulang, tanpa rasa malu dan bersalah. Sedangkan kita hidup dengan nafas yang diberikan oleh-Nya. Namun setiap saat dan detik, hidup kita ini bergelumang dengan dosa dan maksiat. kita abaikan perintah-Nya.Kita hidup tanpa berpandukan syarak. Kita seakan bangga dengan dosa yang kita lakukan. semua itulah yang membentuk bintik-bintik hitam pada hati kita.....
Bayangkan dosa kita terhadap ibu bapa. bayangkan satu persatu dosa-dosa kita. Dosa demi dosa kita lakukan sama ada kita sedar ataupun tidak. dosa kita dengan adik beradik lagi. Menipu, berbohong. Satu bintik hitam muncul lagi pada hati kita. renungi pula dosa kita dengan kawan-kawan. mungkin kita tidak perasan selama ni kita pernah buruk-burukkan kawan kita. kita cakap belakang-belakang. kita mengumpat, menjaja keburukan, mengadu domba, melaga-lagakan. semua itu dosa, satu per satu bintik hitam timbul dalam hati kita lagi. makin lama makin banyak. hati kita kian menghitam, busuk, bernanah dan parah. Ya, itulah hati kita. Ya Allah, hatiku....
Para ulama membahagikan hati kepada tiga kategori.
1. hati yang hidup.
2. hati yang sakit.
3. hati yang mati.
Kedua, hati yang sakit. yang dalamnya penuh dengan calar serta bintik hitam akibat dosa. Hati menjadi lupa serta lalai daripada mengingati-Nya lalu terjerumus ke lembah kehinaan. Dosa dan maksiat dilakukan ketika iman lemah. Namun pada akhirnya akan menyesali dan menginsafi dirinya.
"Ya Allah, aku ini hamba yang lemah. aku telah menzalimi diriku sendiri. aku lalukan dosa berulang-ulang kali."
Tangisan demi tangisan mengalir. tersedu-sedu insaf pada ketika itu, benar-benar menyesal dan ingin bertaubat. namun ada kala kelemahan iman dan jiwa menyebabkan pemilik hati yang sakit akan terus berulang kali berada dalam lembah kehinaan
Hati yang hidup itu adalah hati yang segar, yang kuat hubungannya dengan Allah. hati inilah hati manusia yang sentiasa takut akan Allah.
Lihatlah hati yang hidup, jiwa dan perasaannya sangat mencintai, merindui dan mendambakan keredhaan Allah. hati yang menjadi takut pada kemurkaan dan azab api neraka Allah. lalu hati yang hidup itu menjadi sangat halus dan sangat unik. hati ini adalah hati dambaan semua insan yang disapa dengan hidayah Allah
Dan yang terakhir, hati yang mati. Hati mati adalah natijah daripada perbuatan dosa dan maksiat yang berulang kali dilakukan sehingga hati menjadi hitam sepenuhnya. Hati itu kemudiannya terus kaku, keras dan tidak lagi dapat ditembusi dengan cahaya keimanan. Hati yang mati itu akan terus menjadi keras, hitam dan terus jijik. akhirnya, Hati yang menjadi semakin parah dan terus mati, Terkubur dalam jasad seorang manusia yang masih bernyawa. Hati yang mati ni akan terus berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan. Dia akan menjadi penentang kepada kebenaran. Hati yang mati itu sebenarnya adalah hati yang penuh dengan kegersangan, Kekosongan dan kehambaran
Cuba kita soal hati kita, di mana hati kita berada? hati hidup, hati sakit ataupun hati mati?
Mengingati kata-kata Sayidina Ali bin Abi Talib,
"hati seorang Mukmin itu suci bersih. pada hati itu, terdapat pelita bercahaya. hati seorang kafir itu hitam, sentiasa sakit dan mati."
Okay cuba kita bayangkan, rupa hati yang bagaimana akan kita persembahkan pada saat hari pertemuan kita dengan Allah nanti?
Sama ada hati yang jijik, hitam, kotor, bernanah, tercalar, rosak dan punah dengan kesan akibat dosa serta maksiat yang dibuat dengan sengaja dan tanpa sengaja? ataupun hati yang bercahaya dengan keimanan, keyakinan dan pasrah kepada Allah?
Sudah tentu hati yang bercahaya kan? jadi mulai detik ini, bersihkanlah hati-hati kita. buanglah segala sifat-sifat buruk yang akan menyebabkan hati kita boleh jadi hitam.
Siapa siapa boleh bagi cara untuk bersihkan hati? untuk ubat hati kita?
Ubat hati ada lima perkara
Baca Al-Quran dan maknanya. (tajwidnya betul dan hayati maksudnya)
Cuba kita tanya kepada diri kita, berapa kali dalam sehari kita membaca al-quran? atau bila kali terakhir kita membaca al-quran dan maksudnya? Adakah betul tajwid kita? Betulkah bacaan al-quran kita? Kalau setiap hari kita boleh membaca akhbar huruf demi huruf, kenapa kita tidak cuba usahakan untuk membaca Al-Quran?
Yang kedua, dirikanlah solat malam (Qiyamullail)
Sentiasalah berniat untuk bangun Qiamullail, dan berusahalah untuk bangun, jika tidak dapat bangun, sekurang-kurangnya dapat juga pahala. JIka tersedar dan rasa malas sangat nak bangun, sekurang-kurangnya beristighfarlah memohon ampun daripada Allah S.W.T.
Ketiga, berkumpullah dengan orang-orang yang soleh (Majlis ilmu/masjid/Surau)
Hadirilah majlis ilmu kerana ianya salah satu daripada taman-taman syurga. Malaikat amat suka berada di Majlis-majlis ilmu. Sepanjang kita berada di majlis ilmu, walaupun untuk mendengar sahaja, di situ sudah ada sumber ketenangan jiwa.
Keempat, perbanyakkan berpuasa sunat.
Cubalah perbanyakkan berpuasa sunat. Sebab puasa boleh menjadi perisai untuk kita menundukkan hawa nafsu dan menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebenarnya puasa sunat lebih sukar untuk ditunaikan berbanding puasa wajib. Puasa wajib memang wajib semua umat islam laksanakan, kalau tak laksanakan berdosa besar. Tapi puasa sunat, mungkin kita terpaksa melaksanakannya seorang diri... tapi jangan risau, besar pahalanya 😉
Dan yg kelima, zikir malam berpanjangan.
Terdapat banyak cara zikir mengingati Allah yang boleh kita laksanakan. Sentiasalah kita mengamalkannya. InshaaAllah kita termasuk di dalam kalangan hamba yang sentiasa dekat dengan Allah ❤
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment