Wednesday, 2 September 2015
Niqabis Dan Fashion
🌸Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
🌸untuk melihat muslimah berniqab sangat mudah sekali, dimana-dimana sahaja biasa kelihatan, terutamanya dalam majlis-majlis ilmu, Alhamdulillah semakin ramai yang sedar akan indahnya niqab ini. Seorang perempuan tidak lari dari ingin cantik, dan Niqabis (wanita berniqab) juga seorang perempuan yang suka akan kecantikan dan ingin melahiriahkannya.
Niqabis dan fesyen, memang mungkin pelbagai makna yang terlintas dalam benak kita, Niqab seperti yang kita sedia tahu, untuk melindungi diri dan sebagai satu langkah besar untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Terpulang pada niqabis itu sendiri untuk mentafsir niqab itu bagaimana dalam dirinya, kerana setiap dari niqabis punya kisah masing-masing dalam menuju langkah itu. Dan pasti ilmu lah yang membantu kesempurnaanya. Tanpa ilmu pasti pemakaiannya camping.
🌸Fesyen tidak semestinya pakaian yang mesti bercorak-corak colour blocking dan sebagainya, pada meen yang meminati fesyen, Simple and Plain sudah memadai untuk mencapai tahap fesyen itu sendiri. Jujur meen pelik juga bila ada mengatakan meen "OVER" dalam bergaya. Jujur demi Allah meen tak kisah, mungkin ada kesilapan meen dimana-mana yang meen tidak sedar. terima kasih bagi yang menegur. :')
Mengenai diri meen sebagai niqabis, ada yang mengatakan meen suka berfesyen..? jujur, sejak kecil meen sukakan kelainan dan suka membawa gaya tersediri.
🌸Kita ada gaya kita sendiri, dan semua orang tahu cantik itu subjektif dan pada meen, cantik itu simple dan mudah. Meen sangat ‘respect’ pada niqabis atau muslimah lainnya yang sentiasa memakai hitam, dan sangat kagum mereka yang pandai menjaga setiap pemakaian dan aurat mereka.
-Salah satu pakaian yang tidak sesuai mengikut pandapatnya adalah pakaian yang bercorak binatang seperti "corak yang sangat berlebihan, ditambah dengan warna-warna "striking color" , colour blocking dan pelbagai lagi gaya pakaian termasuk tudung itu sendiri, niqab , kasut , perhiasan dan sebagainya.
💨Ya, memang benar, kita tidak mampu mengelakkan mata-mata disekeliling kita untuk memandang, kerana niqab itu sendiri membawa tarikan kepada yang tidak biasa akannya di akhir zaman ini, tapi kenapa kita memilih untuk lebih lagi dilihat dan tertawakan, seolah-olah niqab itu tiada ertinya lagi kerana rosak dek gaya dan warna pakaian yang melampau.
🌸begitu juga pendapat mata-mata lelaki yang lain yang mengatakan gaya-gaya ini sememangnya sangat menarik perhatian lelaki, apatah lagi berniqab, pasti mata-mata setiap insan menoleh ingin tahu dan tergamam dengan gaya si niqabis itu tadi.
🌸sahabat mahupun keluarga seringkali terkejut melihat niqabis yang begitu berani memakai pakaian-pakaian sebegini hingga dikatakan sebagai pelik, mahupun di hadapan mata dan laman internet sekalipun. Bukan kerana pakaian itu salah, tapi kerana hilanglah tujuan niqab itu tadi.. Kerana jelas pakaian-pakaian itu adalah pakaian yang menarik perhatian dan mata-mata di sekeliling kita. Maafkan meen jika meen silap, tapi inilah hakikatnya, kebenarannya yang tidak mungkin kita tertolak. Semua ini bukan untuk niqabis lain saja, tapi teguran tegas untuk diri meen sendiri.
🌸Adab dan akhlak buruk dalam berniqab jelas merosakkan makna dalam muslimah itu sendiri, yang bukan hanya untuk yang berniqab tetapi semua yang bergelar muslimah, tapi muslimah berniqab sepatutnya dijadikan contoh dan sememangnya perspektif manusia menganggap wanita muslimah berakhlak baik "sepatutnya" kerana tanggapan kebiasannya mereka ber'ilmu' yang faham lebih tuntutan agama. Apatah lagi jika pergaulan dengan lelaki yang berhak dikahwini nya tidak dijaga batasnya.
🌸Meen bukanlah niqabis yang berpendapat meletak gambar di laman sosial atau di mana sekalipun itu salah, kerana apa yang harus dilihat di luar, harus dilihat di mana pun, tapi boleh menjadi haram jika salah caranya dan tujuannya dipakai saja-saja untuk menarik perhatian. (Boleh rujuk jawapan Ustaz Azhar Idrus di link ini - Hukum Wanita Meletakkan Gambar di Internet )
🌸Tetapi biarlah setiap gambar itu indah beradab dan berakhlak seiring dengan keindahan niqab itu sendiri, dan sama juga dengan komen-komen yang bermain di dalamnya , baik dan beradab pertuturannya.
🌸Semua yang bernama wanita ingin cantik, bukan sahaja pada pakaian , tapi juga pakai wajah dan mata umumnya pada yang memakai niqab. Tidak salah bermakeup, tapi cukuplah menghilangkan pucat di wajah atau lingkaran mata yang gelap . Smokey eyes dan celak yang sedikit dan ringan. (Boleh rujuk –Hukum Bersolek).
🌸Cantik bermakeup, bercelak, eyeliner atau contact lens yang pelbagai warna , memang kesukaan ramai wanita, tidak kurangnya mereka yang memakai niqab, tapi biarlah berpada-pada dan warna nya natural. Bukanlah untuk tujuan hendak dipuji-puji tapi memadai untuk cantik dimata suami.. lantas jika dipuji, untuk apa mendapatkan pujian dengan mata cantik , bulat , besar tapi palsu semata-mata dengan contact lens yang dipakai.
🌸Larangan الله agar tidak menzahirkan perhiasan yang tersembunyi bagi wanita adalah untuk membezakan wanita muslimah dengan wanita di zaman jahiliyyah yang suka menghentak-hentakkan kakinya untuk mendengarkan bunyi nyaring loceng kaki yang biasanya mengkhayalkan kaum lelaki. Allah berfirman “ Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”Surah An Nuur :31.
🌸Cantiklah, mahupun dengan fesyen sekalipun, Niqab tidak pernah menghalang untuk cantik, kerana itulah Islam datang dengan memberi panduan jelas untuk kita manusia. Apapun yang kita pakai, kita hiaskan diri kita, jangan sesekali berkeinginan untuk menarik perhatian kaum lelaki dengan pakaian , barang perhiasannya, wangian yang digunakan, mahupun melalui suaranya.
🌸Demi الله artikel ini bukan untuk menuding sesiapa, Cuma ingin menyedarkan diri dan hati yang lupa. Sebagai wanita yang berkeinginan, Meen juga pernah jatuh dengan godaan cantiknya dunia, oleh sebab itu Meen tidak mahu niqabis lain hanyut.
🌸Sama-samalah menjaga erti niqab itu, janganlah merosakkan keindahannya dengan bermain dan memperolokkanya dengan gaya-gaya yang tidak sepatutnya. Pakailah niqab jika mahu, sunggah niqab itu hak EXCLUSIVE setiap muslimah yang ingin mahu menikmati keindahannya dengan niat yang ikhlas kerana الله، kasihanilah pada yang ikhlas memakainya dimomok-momokkan oleh manusia yang tidak faham dek kerana segelintir mereka yang menyalah gunakan niqab ini.
🌸Ingat, Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan sederhana. Persoalan penting juga adalah bagaimanakah niat kita ketika berfesyen? Dan kita sewajibnya menghiaskan fesyen kita yang diharuskan syarak itu tadi dengan penuh rasa ketaqwaan sepertimana firman Allah swt : “Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”.
🌸Janganlah pula kita merendahkan mereka yang sukakan kelainan gaya ini, mungkin Allah menerima usaha mereka menutup aurat dan niqab mereka, tetapi tidak kita… Sama-sama sentiasa muhasabah diri, iman dan pakaian kita. Semoga Allah memelihara kita semua dengan rahmatNya dan dengan kasih sayangNya kita beroleh keampunan serta dijauhkan daripada hanyut dengan godaan dunia di akhir zaman ini. Allahumma Aamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment