Saturday, 31 October 2015

24/7 Yang Paling Bermakna




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw .
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.
.
Kita mulakan usrah kita pada malam ni dengan al-fatihah….
Tajuk Usrah mlm ni ialah
24/7 yang paling bermakna

Jika masa disia-siakan
Kita bukannya makin muda
Hidup berbakti tidak lama

 Okay usrah kita malam ni berkaitan dgn masa . surah apa yg selalu dikaitkan dgn masa ??
 Surah asr
 demi masa. sesungguhnya manusia kerugian 

Setiap org diberikan masa 24 jam yg sama.Cuma antara bermakna dan tidak bermakna dengan untung atau rugi bergantung pada pengisiannya.Benarkah bagi orang yg sibuk,24 jam itu x cukup?? manakala bagi yg terlalu bnyk.masa lapang pula 24 jam itu dianggap terlalu panjang baginya . 



Namun , sebenarnya MASA adalah salah satu tanda² keadilan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia di muka bumi ni . Adakah kita antara glgn manusia yg sering mempersoalkan MASA yg telah diberikan? Tnya diri kita . 


Sudah tentunya kita x berhak mempersoalkannya malah Allah SWT sangat melarang manusia mengutuk masa . Allahurabbi . 

Kita rujuk balik surah Al-Asr. Surah yg pendek namun padat isinya ni dimulai dengan sumpah Allah SWT mengenai masa . Betul tak?

Sesungguhnya manusia benar2 menempah kerugian ketika hidup melalui masa yg dilalui setiap hari. Masa itu emas kerana masa akan datang dan pergi tak kan kembali kepada kita lagi .Jika disia-siakan masa sudah ditulis dlm suratan amal. 

Masa tetap datang sama seperti bumi yg terus berputar. Andai masa yg dtg x dimanfaatkan sebaiknya ia akan terus ditulis sbg kerugian . sekiranya masa yg ada dgunakan utk memperbaiki kesilapan masa lalu , ucaplah Alhamdulillah. Kerana insan sebegini sedang membuat perhitungan ttg keuntungan yg bakal diperolehi kelak .MasyaaAllah!

Imam As- Syafie pernah berkata bhwa jika manusia benar² mmperhatikan isi surah tersebut,sudah cukup baginya mengubah keadaan diri,pendirian dan amal kelakuannya.Melalui surah Al Asr juga, Allah SWT menganjurkan kita supaya melihat keadaan umat sblm ini.Mereka juga diberi masa seperti kita ttpi adakah masa tersebut dgunakan utk beriman kpd Allah SWT?

Jika mereka beriman kini mereka sedang berada dlm kenikmatan namun jika mereka mensia-  siakan masa tersebut dan tidak memilih iman,ternyata mereka tergolong dalam golongan org yg rugi.

Melalui perantaraan masa , Al- Quran sudah bercerita kpd kita ttg umat yg untung dan rugi. Justeru itu, kita boleh mengambil iktibar ttg bagaimana kita harus menggunakan masa yg dimiliki ini. Selain itu, surah tersebut mengajar kita utk mendapat keuntungan melalui maaa yg kita ada. Kita tidak akan rugi jika kita melakukan 4 perkara berikut :

4 perkara yg telah diterangkan tadi terdapat di dlm surah Al-Asr iaitu :
 beriman
beramal soleh
 berpesan² dgn kebaikan
 berpesan² dgn sabar

1. Beriman
Bagi kita yg sudah dilahirkan sbg muslim alhamdulillah kita sudah berada pd jalan yg betul. Jgn sesekali kita merosakkan iman kita dgn perbuatan² syirik . Peliharalah iman dan Islam yg ada dlm diri kita sebaik mungkin. Kita pernah membaca kisah para nabi yg menyampaikan dakwah kpd anak isteri namun mereka sendiri x mahu menerima dakwah tersebut   Nauzubillah semoga kita djauhkan drpd ujian sebegitu . Berusahalah menjaga iman kita dengan bnyak bertanya dan mempelajari melalui alim ulama . rujuk Al Quran dan hadis . Setiap usaha kita dlm meningkatkan iman   , Allah x pernah persiakan malah akan dicatat sbg amal soleh .

2. Beramal soleh
amal soleh adalah amalan yg melangkaui amal ibadat yg biasa².Jika selama ini kita solat sbg amalan biasa, apa kata slps ini kita bersolat dgn khusyuk pula? Dgn itu, kita akan mencapai tahap soleh dan andai selama ini kita berpuasa hnya kerana umat Islam maka ubahlah paradigma dgn berpuasa dgn pebih kehambaan & keinsafan yg penuh di dada. Begitulah hakikat amal soleh dicapai dgn mengetahui matlamat sbnr disebalik ibadah yg disyariatkan . Bukan ibadat dgn taklid(ikutan) sahaja.

3. Berpesan² dgn kebaikan
Sentiasa ingat selagi kta hidup,kita bertanggungjawab berpesan² ke arah kebaikan. Tak mampu dlakukan dalm komuniti besar,mula lah dahulu dgn berpesan dlm komuniti kecil 

4. Berpesan² dgn sabar
Nabi Nuh a.s berdakwah sgt lama kpd umatnya namun xramai yg menerima dakwah tersebut. baginda ttp sabar ketika dicaci dan meneruskan juga dakwahnya sbgaimana yg diperintahkan oleh Allah SWT. Jgn berputus asa dlm menyebarkan dakwah dan sentiasa sabar menantikan setiap perubahan. Sentiasa mendoakan agar hati mereka terbuka dlm menerima islam.

Kesimpulannya,siapakah yang untung & siapa yg rugi di atas dunia ini? Semua makhluk yg bernama manusia mesti mengira untung atau ruginya sendiri bergantung kpd pengisiannya masa 24/7 yg diberi oleh Ilahi. Ajal adalah timebomb yg x diketahui bila akan meletup . Timebomb ialah masa utk kita menghentikan semua urusan di atas dunia,yg x boleh diundur atau dipercepatkan walau sekadar sesaat.


Muhasabah .


No comments:

Post a Comment